Selepas Dr Amalina, Suami Lufya Dr Che Hafiz Pula Bersuara Dan Beri Pesanan Kepada Neelofa

Belum reda tentang isu produk minuman pengacara terkenal dan ahli perniagaan, Neelofa yang mendapat teguran dari doktor popular Dr Amalina Che Bakri.

Malah isu tersebut semakin mendapat perhatian umum apabila Neelofa tampil mempertahankan produk beliau dan meminta sesetengah pihak orang Melayu tidak menjatuhkan bisnes Melayu sehingga trending di Twitter.

Lebih menjadi hangat Dr Amalina sekali lagi bersuara dengan meminta Neelofa agar tidak mengaitkan isu produk dengan perkataan ‘Melayu’ kerana salah tetap salah dan tidak ada kaitan dengan walau apa bangsa.

Selepas teguran secara terbuka diberikan oleh pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri, 31 tentang produk minuman pengacara terkenal Neelofa, doktor perubatan yang juga suami Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz turut berkongsi pendapat peribadinya.

Pemilik nama sebenar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum bersetuju dengan pendapat Dr Amalina kerana perkara itu menyentuh isu kesihatan dan secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

” Dari sudut pandangan, saya memang setuju dengan teguran yang dibuat oleh Dr Amalina.

” Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka sebab jika kita overclaimed tentang sesuatu produk.

” Apatah lagi ia menyentuh isu kesihatan, ibarat seseorang itu memberikan janji bulan dan bintang kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Dr Amalina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.

Bagaimanapun, pengacara terbabit pada Ahad meluahkan rasa kurang senang dan kesal sikap segelintir Melayu yang menjatuhkan perniagaan kaum sendiri.

Dr Che Hafiz yang merupakan doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan berkata, masalah obesiti merupakan antara penyakit serius yang melibatkan rakyat Malaysia.

Dia turut meminta para penjual dan usahawan lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosikan produk yang melibatkan kesihatan pengguna.

” Penggunaan ayat bagi tujuan mempromosikan iklan sesuatu produk amatlah perlu berhati-hati supaya pembeli tidak akan salah faham akan kegunaan produk yang dibeli.

” Apatah lagi ia mengandungi unsur-unsur yang melibatkan kesihatan diri supaya pembeli tidak menyesal di kemudian hari,” tegasnya.

Rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat kedua-dua doktor tersebut dengan meminta Neelofa berlapang dada dan melakukan penambahbaikan serta tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Selepas Dr Amalina, Suami Lufya Dr Che Hafiz Pula Bersuara Dan Beri Pesanan Kepada Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*