Giliran Raja Permaisuri Agong Pula Komen Balas Tentang Nyayi Lagu Negara Ku Dalam Bahasa Mandarin.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini melalui akaun Twitternya memuat naik pandangan peribadinya berhubung isu murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa mandarin yang mendapat pelbagai reaksi masyarakat. 

Bagi baginda, menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa lain bukanlah satu kesalahan, apa yang penting adalah semangat patriotisme dalam diri itu. 

“Bagi saya, lagu kebangsaan kita ‘Negaraku’ dengan rasminya dinyanyikan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita tetapi tidak salah kalau dinyanyikan dalam bahasa dialek Cina, Arab, Hindi, Tamil, Inggeris dan sebagainya. 

“Asalkan dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik dan kebanggaan,” tweet baginda

Walaubagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan itu dan menekankan bahawa sebagai rakyat Malaysia, tiada alasan untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan kerana bahasa itu sudah diajar/dididik sejak dari kecil lagi. 

“Ampun tuanku, pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia, adalah sangat memalukan jika sebagai rakyat, kita gagal menyanyikan, memahami lagu kebangsaan Malaysia dalam bahasa Kebangsaan. 

“Bahasa jiwa bangsa. Bangga dengan bahasa kebangsaan kita sendiri,” kata netizen. 

Enggan rakyat salah faham dengan maksudnya, baginda memberi penjelasan berikut:

“Walaupun saya kata boleh nyanyikan Negaraku dalam bahasa lain, itu hanya untuk mereka fahami makna yang tersirat dan tersurat. Tetapi officialy Negaraku mesti dinyanyikan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan! 

“Rakyat Singapura tetap nyanyi dalam bahasa Melayu walaupun mereka tidak faham ertinya,” tweet baginda. 

SUMBER: TheReporter

Terdahulu.. Tun M ‘Buka Mulut’, Tak Sangka Ini Kata Kata Beliau

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, lagu kebangsaan, Negaraku, tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan oleh rakyat di negara ini. 

Ini kerana katanya, ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Terjemahan lagu Negaraku ditulis dalam bahasa lain hanya dibenarkan untuk memahami maksudnya yang sebenar, bukannya untuk dinyanyikan dalam bahasa lain. 

“Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataannya. 

“Tetapi untuk menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita,” katanya. 

Terdahulu, viral di media sosial video pelajar di sebuah sekolah di SJK di Seremban menyanyikan lagu NegaraKu dalam bahasa mandarin mengundang kemarahan netizen kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan. 

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan mereka mendapati pihak sekolah memberi alasan liriknya diubah kepada bahasa mandarin untuk tujuan memberi pemahaman kepada pelajar. 

Dalam kenyataan itu, KPM juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar Perlembagaan sama ada dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Giliran Raja Permaisuri Agong Pula Komen Balas Tentang Nyayi Lagu Negara Ku Dalam Bahasa Mandarin."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*