Kehilangan Muhammad Danial bukan sahaja menyentak jiwa Abby dan suami, malah seisi keluarga mereka termasuk Memey yang menganggap anak-anak Abby seperti darah dagingnya juga.
Terkilan dengan kehilangan anak kecil itu, Memey menerusi entri di Instagramnya sempat mendedahkan serba sedikit keadaan mereka sekeluarga ketika mendapat tahu mengenai pemergian Muhammad Danial.
Sayangnya mama padamu anak
Bagi Memey, dugaan yang ditempuhi Abby dan suami cukup besar namun kedua-duanya sangat tabah dan tenang menghadapinya.
Malah, di saat Abby dimaklumkan mengenai keadaan anaknya sudah tenat, dia masih cuba untuk tenang namun lebih banyak mendiamkan diri. Di situlah, Memey bertekad untuk berdoa di Ka’abah mengharapkan keajaiban Allah buat bayi Abby.
Baru lepas pam susu untuk Baby D
Lebih memilukan, Memey mendedahkan bahawa Abby tidak putus-putus menyediakan bekalan susu buat Muhammad Danial yang disimpan di peti sejuk beku, untuk dibawa balik.
Abby baru sahaja selesai mengepam susu, sebelum dimaklumkan bahawa bayinya sudah pergi buat selama-lamanya. Itulah yang membuatkan Memey berasa cukup terkilan dan sedih dengan ujian yang menimpa Abby dan suami.
Tambah Memey, sayangnya Abby dan suami terhadap Muhammad Danial tiada tolok bandingnya, boleh dikatakan setiap hari dia datang menghabiskan masa bersama. Malah, umrah kali ini juga dilakukan demi berdoa untuk bayinya.
Di saat ini, hanyalah Allah sahajalah mengetahui betapa peritnya yang dirasai Abby seisi keluarga, namun ketentuan Allah tiada hak kita untuk menidakkan.
Sumber : Memey Suhaiza
Sampai di Mekah baru 2 hari, Abby Abadi dimaklumkan anak sudah mening g4l dunia
Hari ini, satu berita yang mendukacitakan diterima apabila dimaklumkan bahawa anak pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai, telah disahkan mening g4l dunia hari ini.
Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal, dilahirkan secara pra-matang ketika usia kandungan Abby baru mencecah tujuh bulan, dengan berat hanya 535 gram pada 27 September lalu.
Bertarung nyawa selama dua bulan namun Allah lebih menyayanginya, Muhammad Danial diberitahu mengalami komplikasi pada hati sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tarik mama abah masuk syurga nanti
Berita menyedihkan itu dimaklumkan oleh Abby dan suami, menerusi laman Instagram masing-masing. Lebih memilukan, mereka tidak sempat untuk menatap wajah bayi mereka buat kali terakhir kerana kini sedang menunaikan umrah di Mekah.
Abah tak dapat nak uruskan baby D
Sementara itu, di IG suami Abby, Jai sempat meluahkan rasa pilunya kerana tidak dapat dia menguruskan sendiri jen44zah anaknya, kerana baru dua hari berangkat ke Mekah.
“Sedih sangat-sangat sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nak uruskan Baby D…”
jen44zah Muhammad Danial akan diuruskan oleh ibu dan bapa saudaranya, dan akan dikebumiiikan di Tanah Perkubvran Islam AU4, Lembah Keramat.
Semoga Abby dan suami tabah menghadapi kehilangan ini, kerana sudah ditentukan oleh Allah, beginilah penghujung nyawa anak mereka, pastinya ada hikmah yang menanti.
Sumber : Abby Abadi & Jai Ezzany
Be the first to comment on "“Sayangnya Mama Padamu…” – Memey Dedah Keadaan Abby Sekeluarga Ketika Mendapat Tahu Mengenai Pemergian Muhammad Danial.Ini Yang Telah Terjadi .."