“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang” – Baby Danial Telah Kembali Ke Rahmahtullah.Abby Abadi Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Dia Dan Suami tinggalkan ‘Baby D’ Untuk menunaikan Umrah

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Dari Allah s.w.t kita datang & kepadaNya jua kita kembali…mohon sahabat2 yg baik budiman sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat bayi syurga Muhammad Danial Firman Faizal yg baru sahaja kembali ke Rahmatullah…AL-FATIHAH (Norman Hakim)

Petikan dari laman Ig @jaiezzany: 

“AL Fatihah…Baby D Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal.Hari Ke 2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami.Allah pinjamkan Baby D sekejap je…Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan

Sedih sgt2 sbb abah x dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nk uruskan Baby D.Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir.Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala2nya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik.. Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti

Abah sayang Baby D dunia akhirat.”

petikan dari Laman sosial Instagram Abby Abadi:-

“Baby D ❤️ Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang 😭.Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.. 😭
.
Maafkan Mama Abah sayang 😭
.
Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat
.
Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang 😭”

View this post on Instagram

Baby D ❤️ Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang 😭 . Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.. 😭 . Maafkan Mama Abah sayang 😭 . Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat . Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang 😭

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Abby Abadi tunai umrah, tinggalkan 27 pek susu untuk anak di hospital – “Mama, abah nak doakan baby depan Kaabah”

PELAKON Abby Abadi berterima kasih kepada Memey Suhaiza yang membantu menyediakan stok susu untuk bayinya yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sejak dilahirkan pada 27 September lalu.Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 42, bekalan susu tersebut mampu bertahan lebih 10 hari sementara dia dan Memey serta keluarga pergi menunaikan umrah pada Khamis.

“Setelah berkira-kira, stok susu yang ditinggalkan ini cukup untuk baby Danial selama lebih 10 hari, InsyaAllah.

Stok susu untuk anak Abby yang dibantu oleh Memey.

“Terima kasih mummy @memeysuhaiza bantu mama. Mama dapat kumpul 27 beg, mummy usahakan 10, ada yang 2oz, ada yang 3oz dan yang 4oz pun ada.

“Baby Danial minum 13cc sekarang. 1oz bersamaan dengan 30cc. Katalah satu plastik beg boleh minum lima atau enam kali, cukupkan? Lebih lagi untuk 10 hari, InsyaAllah,” katanya menerusi Instagram.Abby berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria dan anak-anaknya, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim serta Maria Danisha Hakim pada malam, Khamis.

Selain Abby dan anak-anak, pelakon Norman Hakim serta isteri, Memey Suhaiza turut mengikuti jemaah yang sama untuk tunaikan umrah.Bekas anggota kumpulan Elite itu melahirkan bayi lelaki pra matang seberat 535 gram yang diberi nama Muhammad Danial Firman pada 27 September lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga memberitahu dia yakin bayinya semakin kuat biarpun berat badan sudah menurun disebabkan mengalami komplikasi pada hati.Kata Abby, dia bersama keluarganya akan mendoakan bayi itu di depan Kaabah selain turut berharap doa daripada orang ramai.

“Dah 69 hari hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974 gram kerana ada komplikasi pada hati tapi mama yakin baby Danial mama sangat kuat.Abby bersama Norman serta Memey dan anak-anak mereka berangkat menunaikan umrah pada Khamis.

“Mama abah, mummy, papa, atuk, nenak, abang dan kakak semua akan mendoakan baby Muhammad Danial Firman di depan Kaabah nanti agar mendapat Aafiyah daripada Allah.

“Mohon juga doa berterusan daripada sahabat-sahabat di sini juga ya. Amin,” ujarnya.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.Sebelum melahirkan Muhammad Danial, Abby pernah mengalami keguguran pada 2016 dan 2017 sewaktu kandungannya mencecah lima bulan.

TERDAHULU…

Tuhan jaga anak saya – Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Bintang Gerak Khas, Abby Abadi, menganggap perkembangan positif ditunjukkan bayinya, Muhammad Danial Firman Faizal, sebagai satu keajaiban.

Bercakap kepada BH Online, Abby berkata, sebelum ini, doktor pernah memaklumkan anaknya hanya mempunyai separuh peluang untuk hidup.Dilahirkan sewaktu kandungannya baru mencecah 23 minggu dengan berat 535 gram, bayi yang kini berusia hampir 50 hari itu menunjukkan peningkatan berat badan kepada 892 gram.

“Alhamdulillah, perkembangan ditunjukkannya di luar jangkaan, malah kadang kala saya terasa apa yang berlaku seperti magik. Sebelum ini, doktor beritahu Muhammad Danial hanya mempunyai peluang 50-50 untuk hidup. Nafasnya juga pernah terhenti sebanyak tiga kali, sehingga saya hanya mampu berserah.

“Saya lega dengan keadaannya sekarang. Begitupun, saya tidak mahu terlalu seronok, malah tetap bimbang jika kesihatannya kembali merosot.

“Setakat ini Muhammad Danial masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh. Dia juga masih ditempatkan di dalam inkubator dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Selain itu, bayi kami juga perlu menggunakan tiub untuk minum susu. Oleh itu, setiap hari saya dan suami, Faizal Zakaria, akan berulang alik ke Sungai Buloh untuk menjenguknya,” katanya.Menurut Abby, sehingga kini mereka tidak pasti sampai bila Muhammad Danial akan ditempatkan di NICU.

“Mungkin dia akan dirawat di situ selama tiga hingga empat bulan lagi kerana setiap bayi adalah berbeza. Namun, kami yakin dan berserah kepada Allah.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan anak kami. Kita pun tidak tahu, doa siapa yang diangkat sehingga perkembangannya sebegini positif,” kata Abby.

Pelakon yang kini aktif dalam bidang perniagaan itu turut memberitahu, dia bakal menunaikan umrah bersama keluarga besarnya, dari 5 hingga 15 Disember depan.Ditanya apakah dia tidak bimbang meninggalkan si kecil yang masih dirawat di hospital, Abby percaya, Tuhan akan melindungi anaknya.Katanya, sepanjang berada di Tanah Suci Makkah nanti, dia akan sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangan Muhammad Danial kepada pihak hospital.

“Insya-Allah, Allah ada. Doktor dan jururawat juga ada dan saya yakin dengan kemampuan mereka. 

Sepanjang hampir 50 hari anak dirawat, kami hanya boleh jenguk sebentar. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan sepanjang menjenguknya. Jadi, saya tawakal dengan keputusan untuk ke Makkah bersama keluarga.

“Selain ibu bapa, waris lain tidak dibenarkan menjenguknya. Oleh itu, saya hanya mampu berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menjaga anak kami,” kata Abby.

Bekas anggota kumpulan Elite itu melahirkan bayi lelaki berkenaan pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’.Sebelum melahirkan Muhammad Danial, Abby pernah mengalami keguguran, iaitu pada 2016 ketika berada di Madinah, manakala pada 2017, sewaktu kandungannya mencecah lima bulan, bayi yang dikandung meninggal dalam perut.Abby dan Faizal, yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Sumber: BeritaHarian

Artikel Ini Diolah Dan Dikemaskini Oleh Team BSM (walla)

 

Be the first to comment on "“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang” – Baby Danial Telah Kembali Ke Rahmahtullah.Abby Abadi Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Dia Dan Suami tinggalkan ‘Baby D’ Untuk menunaikan Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*