Heboh Lagu “Negaraku” Di Nyayi Kan Dalam Bahasa Mandarin, Setelah Berdiam Diri Akhirnya Tun M ‘Buka Mulut’, Tak Sangka Ini Kata Kata Beliau

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, lagu kebangsaan, Negaraku, tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan oleh rakyat di negara ini. 

Ini kerana katanya, ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Terjemahan lagu Negaraku ditulis dalam bahasa lain hanya dibenarkan untuk memahami maksudnya yang sebenar, bukannya untuk dinyanyikan dalam bahasa lain. 

“Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataannya. 

“Tetapi untuk menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita,” katanya. 

Terdahulu, viral di media sosial video pelajar di sebuah sekolah di SJK di Seremban menyanyikan lagu NegaraKu dalam bahasa mandarin mengundang kemarahan netizen kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan. 

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan mereka mendapati pihak sekolah memberi alasan liriknya diubah kepada bahasa mandarin untuk tujuan memberi pemahaman kepada pelajar. 

Dalam kenyataan itu, KPM juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar Perlembagaan sama ada dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. 

Sumber: Harian Metro

Untuk menjadikan pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan’ – Sumber dedah alasan pihak SJKC

Susulan viral video sekumpulan pelajar di dalam sebuah kelas menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin, tampil seorang individu yang mendedahkan video itu dirakam pada tahun lalu.
Menurut Khairul Azri, video itu dirakam pada 26 September 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ma Hwa Kampung Baru Rasah, Seremban. 

“…dengan alasan untuk menjadikan pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan Malaysia,” katanya

Walaupun begitu, netizen tetap tidak dapat menerima alasan yang dianggap tidak munasabah itu kerana mengambil contoh negara jiran iaitu Singapura yang sehingga kini masih menetapkan lagu kebangsaan mereka dalam Bahasa Melayu. 

Klip video itu mula viral di media sosial sejak semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekolah terbabit yang dianggap tidak wajar dan tidak menghormati lagu kebangsaan.

SUMBER

Be the first to comment on "Heboh Lagu “Negaraku” Di Nyayi Kan Dalam Bahasa Mandarin, Setelah Berdiam Diri Akhirnya Tun M ‘Buka Mulut’, Tak Sangka Ini Kata Kata Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*