Seperti cerita ‘Bawang Putih Bawang Merah’, status tiri ini selalu dianggap kej4m, z4lim, t4mak dan d3ngki. Status tersebut juga selalu dianggap sebagai seorang yang hanya inginkan harta dan tidak peduli kepada kasih sayang. Di Malaysia, sememangnya ramai yang punyai status sebegini dan perangai seperti yang disebut namun dalam setandan pisang tidak semuanya busuk.
Begitulah yang boleh dilihat pada sifat pelawak kesayangan warga tempatan Jep Sepahtu. Jep Sepahtu sudah dikenali sebagai seorang kawan yang baik kepada rakan-rakannya dan beliau seorang yang tidak lupa pada asal usul.
Selepas mel4fazkan akad nikah kepada pelakon comel Sariyanti, beliau telahpun mendapat dua anak tiri lelaki. Dan sekarang, beliau punyai seorang anak kandung perempuan yang diberi nama Dariya.
Walaupun sudah punyai anak sendiri bersama Sariyanti. Beliau tetap menganggap anak-anak tiri beliau sebagai anak-anak sendiri. Beliau masih mengusik dan bergurau seperti anak sendiri dan anak-anak tirinya tidak kekok langsung dengannya.
Sifat Jep ini dapat dilihat dalam satu kongsian video Sari Yanti dalam laman instagramnya.
Dilihat didalam video tersebut, Jep mengenakan anaknya yang bernama Barr untuk dikahwinkan dengan wanita bernama Letchumi. ‘Pr4nk’ tersebut telah dirancang awal oleh Jep dan Rahim melalui Whatsapp.
VIDEO
“Papa Jep nak kawenkan Barr ngan Letchumi . Rahim (kengkonon bapak letchumi) pulak ada masa nak layan kan Jep . Punyalah nangis budak tu . Barr pun satu ,tu pun percaya” kata Sari Yanti dalam laman Instagramnya.
Rata-rata netizen sangat terhibur melihat gelagat dua beranak ini. Ada juga yang mengatakan bahawa Barr akan sentiasa gelak tawa kerana punyai ayah tiri yang bekerja sebagai pelawak.
Tidak semua yang berstatus tiri itu adalah seperti dalam ceritera kanak-kanak Bawang Putih Bawang Merah yang mengatakan mereka kej4m dan z4lim dan d3ngki. Ada sahaja yang penyayang dan berhati perut seperti manusia lain.
Sumber : IG sariyanti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Raih Tontonan Lebih Setengah Juta Tontonan, Reaksi Anak Tiri Jep Sepahtu Kena Sakat. Rata-rata netizen sangat terhibur melihat gelagat dua beranak ini."