Pada Oktober yang lepas, pasangan pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam telah mengikat tali pertunangan selepas menyemai cinta sejak dua tahun lalu.
Mereka menganggarkan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa setahun daripada tempoh bertunang dan jika tiada aral melintang, hujung tahun hadapan mereka bercadang untuk disatukan.
Namun begitu, tidak sampai dua bulan tempoh bergelar tunangan kepada pelakon kacak tersebut, Zara mengakui bahawa hubungan mereka sedang dilandai badai.
Menerusi Harian Metro, pelakon cantik itu mengakui bahawa dia dan Hafreez sedang dalam fasa mencari penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi.
Dah tak ikuti Zara di IG
Kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka.
Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
Oleh itu, daripada kita cuba mengelakkan ia, lebih baik kita mengambil setiap peluang yang ditawarkan dan alami cabaran untuk semakin matang.
Hanya dua perkara yang kita akan dapat. Sama ada ia memberikan sesuatu yang kita idamkan, atau ia akan mengajarkan kita apa yang lebih baik pada langkah yang seterusnya.
Just believe that Allah always gives something good to us. ❤️
Menurut Hafreez pula, tindakannya yang tidak lagi mengikuti Zara di laman Instagram adalah bertujuan untuk tidak mengeruhkan keadaan yang sedia ada kerana enggan menjadikan hubungan tersebut semakin negatif.
“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram.
“Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita.”
Tambahnya lagi, sepanjang dua tahun bercinta, mereka tidak pernah bergaduh, namun selepas sahaja pertunangan berlaku, seakan ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka.
“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang.”
Sehubungan dengan itu, Hafreez menjelaskan bahawa keputusan tidak lagi mengikuti Zara di Instagram adalah bagi memastikan agar dirinya tidak terpengaruh dengan sebarang gosip tidak sahih mengenai mereka.
Semoga hubungan pasangan pelakon ini dapat diselamatkan dan terus tabah melalui tempoh bertunang yang penuh cabaran ini.
Sumber : Harian Metro
Be the first to comment on "Baru 2 bulan bertunang, sesuatu terjadi kepada Zara Zya dan Hafreez Adam"