Ini Rahsia Kemenangan Yang Ramai Tak Tahu Raja Pecut Asia Tenggara,Bukan Biasa Biasa

Sukan SEA Manila 2019 sedikit lagi bakal melabuhkan tirainya. Kem kontigen Malaysia dilihat semakin galak mengejar pingat berikutan sasaran 70 emas untuk temasya kali ini agak perlt untuk digapai.

Raja pecut Asia Tenggara kongsi rahsia

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, pasukan olahraga Malaysia bersorak riang apabila gelaran raja pecvt 100 meter telah dipertahankan atlet Tanah Air, Haiqal Hanafi selepas Khairul Hafiz Jantan melakukan perkara tersebut dua tahun lepas di Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah sy telah buktikan pada seluruh rakyat Malaysia,Terima kasih mendoakan kejayaan saya 🤲🇲🇾

A post shared by H A I Q A L (@haiqallhanafii) on

Solat 5 waktu, solat hajat sebelum tidur

Menerusi Astro Arena ketika ditemu bual selepas berjaya menggenggam emas untuk acara tersebut, Haiqal telah membocori salah satu rahsia kejayaannya memepertahankan emas untuk Malaysia.

Menurut pemuda berusia 20 tahun ini, dia mengakui bahawa kuasa solat lima waktu dan juga solat hajat sebelum tidur membuahkan rezeki yangtak terduga daripada Allah S.W.T.

“Rahsia kejayaan saya ialah solat lima waktu, solat hajat sebelum tidur dan banyak berdoa kepada Allah supaya diizinkan untuk murah rezeki,” katanya.

Terima kasih kepada semua yang tak henti doakan

Haiqal turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya, jurulatih serta seluruh rakyat Malaysia yang mendokan kejayaannya serta semua atl3t yang bertanding.

“Alhamdulillah, syukur, terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, jurulatih dan semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan saya.”

“Kejayaan ini untuk anda Malaysia.”

Mufti pun kongsi kisah Haiqal

Sehubungan dengan itu, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi kisah inspirasi Haiqal ini sebagai salah satu contoh positif kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Sumber : Astro Arena

Via OMM

Be the first to comment on "Ini Rahsia Kemenangan Yang Ramai Tak Tahu Raja Pecut Asia Tenggara,Bukan Biasa Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*