Tindakan Anzalna Nasir bantu ibu tiada persediaan untuk bayi baru lahir Mendapat Pujian Ramai

Sungguh mulianya hati, Anzalna Nasir bantu ibu yang tidak mempunyai persediaan buat anak kecilnya. Merasakan setiap rezeki yang dimiliki, ada hak orang lain membuatkan Anzalna Nasir seronok membantu mereka.

Selain itu, katanya dia juga merasa puas yang mana dia dapat memberi keselesaan buat bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil.

“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil…”

Anzalna berkongsikan hal itu menerusi laman Instagram miliknya selain turut memuat naik satu rakaman video. Kelihatan Anzalna Nasir bersama keluarga turut membantu orang yang memerlukan.

Anzalna Nasir bantu ibu

View this post on Instagram

Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini. Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel. ❤️ Thanks mum, dad @hanif_zaki @diananasir86 @afifahnasir93 @mianasir91 @nazirahnasir97 @happikiddo_ @Amy_alongz for being part of this charity.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Ternyata perkongsian Anzalna Nasir ini mendapat perhatian ramai namun, katanya dia tidak mempunyai niat untuk menunjuk namun sekadar berkongsi kerana mengharapkan ia membawa manfaat kepada semua.

“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini.

Dalam pada itu, Anzalna Nasir berkata sebelum berkongsikan video tersebut juga dia sudah meminta kebenaran dari keluarga berkenaan.

Netizen serta rakan selebriti turut bangga dengan kebaikan Anzalna Nasir dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta dapat terus menolong buat yang memerlukan.

View this post on Instagram

Siapa nak Rouge Signature terbaru? Anzalna nak bagi 5 warna Rouge Signature Parisian Sunset. Comment your favourite Rouge Signature Parisian Sunset shade and I will choose 5 winners at random. Giveaway tutup this Friday, 29th November! #LorealParisMY #MYRougeSignature

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

View this post on Instagram

Oreo. Kalau tak faham swipe left. Hahahahahhahahah

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Tindakan Anzalna Nasir bantu ibu tiada persediaan untuk bayi baru lahir Mendapat Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*