Umur Bakal Suami Dah Macam Abah-Abah, Ini Jawapan balas Intan Dan Dia Dedah Sesuatu Tentang Tunangnya Yang Ramai Tak Tahu

Lahir pada 18 Ogos 1997, Intan kini menginjak usia 22 tahun. Siapa sangka pada usia semuda itu Intan telah memilih untuk mengikat tali pertunangan. Apa yang menarik, beza usia antara mereka dan difahamkan tunangnya bukan calang-calang juga.

Meskipun jarak perbezaan usia 16 tahun namun ia tidak menjadi halangan kepada pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Razrul Anwar Rusli, 38 tahun.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut.
” Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.

” Sebenarnya kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.

” Saya tidak pernah berkawan dengan seseorang yang jauh lebih tua dari usia saya. Selepas mengenali dia, saya rasa keserasian itu ada.

” Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya,” katanya kepada mStar.

Foto Intan Najuwa dan tunang sekali lagi mendapat perhatian peminatnya dilaman Instagram sehingga meraih lebih 100,000 tanda suka.

Terdahulu, pertunangan selebriti ini bersama jejaka yang lebih berusia darinya ini hangat diperkatakan yang mana ada memberikan kritikan dan juga sebaliknya.

Peminat minta abaikan kr1tikan

Namun begitu, sekali lagi pengikut Intan Najuwa meminta agar dia mengabaikan apa yang dikatakan orang kerana membabitkan jodoh.

Malah menerusi perkongsian foto yang mana Intan Najuwa hanya menulis kapsyen pendek ‘Ma Man’ membuatkan ramai berkongsikan mengenai kisah mereka pula.

Netizen kongsi kisah mereka

Selain meminta Intan Najuwa untuk mengabaikan kritikan, pengguna media sosial terbabit juga meminta untuk netizen berhenti mempertikaikan mengenai perbezaan umur.

Rata-rata diantaranya juga berkongsikan kisah mereka yang turut mempunyai suami berbeza usia dan meskipun begitu mereka bahagia saja.

Ternyata posting itu membuatkan pengikutnya juga berkongsi kisah perkahwinan mereka yang bersyukur kerana bahagia meskipun perbezaan umur selain menyifatkan pengkritik dengki.

Beza umur tetap bahagia

Jarak perbezaan umur 16 tahun tidak menjadi halangan untuk Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Razrul Anwar Rusli berusia 38 tahun pada Ogos lalu.

Sumber: Intan Najuwa

Be the first to comment on "Umur Bakal Suami Dah Macam Abah-Abah, Ini Jawapan balas Intan Dan Dia Dedah Sesuatu Tentang Tunangnya Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*