Remaja 15 tahun nak tunjuk baju baharu, tapi `benda` lain yang dapat perhatian

LAIN yang dikongsi, lain pula yang jadi perhatian netizen.

Itulah yang berlaku terhadap Nia Irwan, yang berkongsi foto sedang berposing dalam bilik tidur di kediamannya, baru-baru ini.

Kata remaja berusia 15 tahun ini, tiga foto yang dimuat naik memaparkan dia memakai baju baharu yang dihadiahkan seseorang.

Namun, ramai netizen tertarik dengan katil tiga tingkat di dalam biliknya sehingga posting itu tular dan menerima hampir 13,000 ulang kicau (Retweet).

“Tak kisah la badan kecik ke besar, katil tiga tingkat beli kat mana?” tulis seorang pelayar Twitter.

Bercerita kepada mStar, Nia yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur menjelaskan katil itu dibeli oleh ibunya menerusi gedung dalam talian.

“Mak saya yang beli secara online. Dah lama sebenarnya katil tu. Jadi saya kongsi dengan adik-beradik. Saya guna katil yang paling bawah.

“Saya pelik juga mereka baru first time tengok katil tiga tingkat. Mak beli dulu pun harga RM200 lebih je.

“Kukuh dan selesa. Adik saya siap main lompat-lompat lagi,” ujar Nia sewaktu dihubungi.

Selain pertanyaan mengenai katil, posting itu turut dihujani komen-komen mengenai tubuh badan serta pemakaian Nia yang agak seksi.

Namun kata gadis itu, dia tidak boleh menutup mulut sesiapa memandangkan dia sendiri yang berkongsi gambar sedemikian rupa.

Malah, keluarganya juga tahu cara dia berpakaian dan mereka tiada masalah mengenai hal itu.

“Sebenarnya ada orang belanja baju. Jadi saya post la gambar. Motif nak tunjuk baju, tapi orang tertarik pada katil.

“Yang gatal tu, saya tak boleh salahkan mereka. Saya sendiri yang post. Bukan tak kisah, kisah la juga.

“Dah saya sendiri yang post gambar seksi, mengghairahkan. Mesti akan ada komen macam tu.

“Kalau tengok gambar perempuan seksi, baik simpan sendiri. Tak perlu tunjuk kat orang, tulis komen terbuka. Simpan dalam fikiran je,” kata Nia lagi.

Dalam pada itu, Nia sempat berkongsi tip dalam mendapatkan badan ideal.

Kata Nia, dia tidak mempunyai sebarang amalan pemakanan sihat sebaliknya hanya melakukan senaman squat 30 kali sehari.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Remaja 15 tahun nak tunjuk baju baharu, tapi `benda` lain yang dapat perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*