Alhamdulillah, Datuk Seri Eizlan Yusof kini sudah bergelar suami kepada Datin Seri Natasha Rosa. Tahniah!

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sah bergelar suami kepada wanita berketurunan Serani, Natasha Rossa Boudville dengan sekali lafaz di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi.

Pasangan itu selamat dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ), Kolonel Mohd Ajib Ismail dan pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80.

Terdahulu, Eizlan atau nama penuhnya Idris Md Yusof bernikah dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama lapan tahun.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sah bergelar suami kepada wanita berketurunan Serani, Natasha Rossa Boudville dengan sekali lafaz di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi.

Pasangan itu selamat dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ), Kolonel Mohd Ajib Ismail dan pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80.

Terdahulu, Eizlan atau nama penuhnya Idris Md Yusof bernikah dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama lapan tahun.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara

omm

 

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa aktor filem Paskal The Movie itu bakal mengakhiri zaman dudanya pada bulan ini.

Namun, Eizlan memilih untuk mengunci mulut mengenai khabar angin yang tersebar sejak bulan lalu.

Terdahulu, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan Vie Shantie Khan pada 7 Julai 2007 sebelum mereka sah bercerai talak satu pada Februari 2015.

Eizlan Yusof Nikah Bulan Depan, Dapat Tajaan RM2 Juta?

Hampir 4 tahun bergelar duda anak tiga, baru-baru ini timbul khabar angin mengenai pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dikatakan bakal berkahwin bulan Disember ini.

#MHvideo Alhamdulillah, Datuk Seri Eizlan Yusof kini sudah bergelar suami kepada Datin Seri Natasha Rosa. Tahniah! ♥️

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, December 11, 2019

Bagaimanapun, Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai gosip itu serta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Ujarnya lagi, satu sidang media khas akan dibuat pada 2 Disember depan sekaligus menjawab segala persoalan.

“Insya-Allah segala persoalan akan terjawab pada sidang media yang akan dibuat pada 2 Disember ini. Sama ada apa yang diperkatakan selama ini betul atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Harap semua sabar.

“Saya tahu dari awal perkara ini dihebohkan terlalu banyak spekulasi timbul. Sedangkan tidak ada sebarang pengesahan daripada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan saja kisah perkahwinannya menjadi bualan ramai, malah timbul spekulasi mendakwa Eizlan mendapat tajaan sebanyak RM 2 juta untuk majlis perkahwinannya. Bagaimanapun, Eizlan sekali lagi mengunci mulut.

“Kalau tarikh kahwin pun orang boleh berteka-teki, inikan pula mengenai penajaan. Tak apa, biarlah sidang media nanti menjawab segala persoalan. Saya anggap apa saja yang diberitakan sebelum ini sebagai satu doa,” katanya.

Untuk rekod, Eizlan berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

Be the first to comment on "Alhamdulillah, Datuk Seri Eizlan Yusof kini sudah bergelar suami kepada Datin Seri Natasha Rosa. Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*