Buat kali pertama pelakon Wawa Zainal mendedahkan wajah puteri kesayangannya, Aya Soffya selepas bersalin 1 Disember lalu.
Menerusi laman Instagram, beberapa gambar ‘photoshoot’ wajah anak ketiganya itu dikongsi kepada umum sehingga meraih perhatian ramai peminat dan pengikut.
“Assalamualaikum semua”
“Agak2 muka macam siapa?”
Disebalik tabir ‘photoshoot’
Rata-rata memuji kecomelan Aya yang kelihatan mirip seperti kakaknya Hayla malah turut mendoakan agar bayi tersebut menjadi anak solehah.
Comelnya macam nak cubit je!
Muka Hayla sangat
Semoga jadi anak solehah!
Rambut pun lebat
Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel turut membuka akaun rasmi Aya yang kini mencecah lebih 113,000 pengikut Instagram.
Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua lagi anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Sumber : Wawa Zainal , Aya Soffya , lilnborn
Be the first to comment on "Lebatnya Rambut Dia! Wawa Zainal Kongsi Wajah Comel Anak Ketiga Buat Ramai Ger4m"