“Akan Dipenj4rakan Tidak Melebihi 6 Bulan Atas Dakw4an Mel4nggar Undang-Undang Keluarga Islam ??” – Ini Penjelasan Peguam Syarie

Nampaknya isu pasal Da’i Farhan masih belum berpenghujung, terbaru rakan baik isterinya Nafsarah Maliki atau lebih dikenali dengan Ches Al-Maliki ada memfailkan aduan atas d4kwaan melanggar Undang-undang Keluarga Islam.

Lapor mStar Online, Farhan telah melakukan poligami diluar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bahkan mencer4ikan bekas isterinya Fatin Nurrul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah. Kata Datuk Hazizah Kassim, peguam syarie.

“Boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali”

Laporan itu dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, hari ini.

Kata Hazizah lagi, perbuatan Farhan itu telah mencemarkan agama islam, lebih-lebih lagi mempunyai latar belakang sebagai ikon pendakwah.

“Jika kita teliti, Nik Farhan juga telah melakukan penghinaan dan menyebabkan agama Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan.”

Katanya lagi, segala kenyataan Nik Farhan di media sosial seolah-olah mempersendakan dan mencemarkan kesucian islam.

“Selain itu, ianya diharap dapat memberi pengajaran kepada pendakwah lain di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan”

Hurm, kalau tak silap ada peguam lain pernah bahaskan pasal isu ni.

SUMBER

“Hanya Mahkamah Je Boleh Hukum Isteri Tu Nusyuz” – Penjelasan Peguam Untuk Suami Lafaz Cer4i Yang ‘Sangap Nak J4nda’

Rasanya tak perlu nak mention pasal isu kes pergolakan rumah tangga yang tengah hangat baru-baru ini. KIta sedia maklum bahawa pencer4ian yang dilakukan menerusi WhatsApp dan kes ini makin meleret dikaitkan dengan isu nusyuz.

Jadi,peguam Muhammad Syarafi terpanggil untuk mengulas untuk perjelaskan isu percer4ian antara pasangan di luar mahkamah, tanpa kebenaran Hakim Syarie dan sabitan isteri yang dianggap nusyuz walaupun tanpa perintah daripada pihak mahkamah.

Baca penjelasan ‘makan dalam’ penguam ni untuk dihadam. Bab-bab poligami tu lain cerita lah, boleh settlekan sendiri dekat mahkamah tinggi.

percer4ian yang dilakukan si pelaku tu diluar Mahkamah & Tanpa kebenaran Hakim Syarie ni merupakan satu kesalahan!

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005 didalam seksyen 57(1) ada jelaskan:

“seseorang yang telah mencer4ikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.”

Dalam Enakmen yang sama pula dibawah sub seksyen (2)&(3) menjelaskan kepada kita bahawa Mahkamah mesti membuat siasatan ke atas lafaz yang dibuat suami tu sah mengikut hukum syarak dan sekiranya sah Mahkamah mesti keluarkan perintah yang membenarkan percer4ian dengan talaq selain dari merekodkan percer4ian dan menghantar salinan rekod tu kepada Pendaftar Nikah C3rai dan Rujuk orang Islam.

Tapi perlu faham juga!

Boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali

percer4ian diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah ni satu kesalahan yang boleh didenda dibawah Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang Tahun 2005 sebagaimana berikut:

“Jika seseorang lelaki mencer4ikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Janganlah kita pandang dari sudut jumlah hukuman denda yang diberikan sebab kita sendiri tahu kekangan pelaksanaan hukuman yang lebih berat Undang-undang Syariah ni terbatas oleh sebab adanya Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara kita,

“Apa yang kita nak bagitahu ni bila berlakunya percer4ian diluar mahkamah dan tanpa kebenaran Hakim Syarie, aduan hendaklah dibuat dengan segera untuk pihak Mahkamah menyiasat kebebalan,

Eh.! menyiasat lafaz yang dah dibuat oleh suami tu tadi sama ada sah atau tidak dari sudut hukum syarak dan undang-undang.”

Hanya pihak Mahkamah sahaja boleh menghukum isteri itu nusyuz, bukan suami semata-mata.

Isu nusyuz ni, kita perlu faham, hanya pihak Mahkamah sahaja boleh menghukum isteri tu nusyuz selepas meneliti d4kwaan dan bukti yang dikemukakan oleh suami melalui keterangan dan saksi-saksinya ketika perbicaraan di Mahkamah.

Suami pun perlu penuhi elemen untuk mensabitkan isteri tu nusyuz dengan cara:

1. Menasihati isteri tersebut
2. Mengasingkan tempat tidur isteri tersebut
3. Memukul isteri tersebut dengan niat nak mendidik bukan menderanya iaitu pukulan ringan sahaja

(Surah an-nisa:34)

Bila dah dibuat ketiga-tiga perkara di atas dan isteri tadi masih lagi tak kembali taat pada suami,

Suami kena buat aduan ke Mahkamah untuk mensabitkan isteri tu nusyuz yang mana sudah dijelaskan di dalam Seksyen 60(2) Enakmen yang sama:

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,

Tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. Bukan sabitan isteri nusyuz melalui suami semata-mata.

Suami tu lafaz cer4i ketika mengandung sah ke tak sah?

Siapa kata tak sah??

Cer4i ni boleh berlaku dalam apa jua keadaan pun bila mana suami:

1. berniat.
2. lafaz yang jelas.
3. orang yang dituju lafaz itu adalah jelas.
4. keadaan si pelafaz pada ketika lafaz itu dibuat adalah waras.
5. cara lafaz itu dibuat.
6. tempat lafaz itu di lafazkan.

Tidak ada undang-undang mengatakan bahawa lafaz talaq ketika isteri mengandung itu tidak sah.

Sekiranya suami itu nak melafazkan talaq ketika isteri tu mengandung dan sekiranya lafaz tersebut adalah sabit selepas pengesahan dibuat dihadapan Hakim Syarie, tempoh iddahnya akan dikira sepanjang isteri tersebut mengandung sehingga melahirkan anak tersebut sebagaimana dalil yang menceritakan tentang Iddah bagi Isteri yang dicer4ikan dalam keadaan sedang sarat mengandung.

Dalilnya dengan merujuk surah at-talaq ayat 4

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya”

Lafaz talaq tetap boleh berlaku bila mana hakim sudah mensabitkan lafaz tersebut adalah sah, cuma yang membezakan adalah tempoh iddah sahaja.

Cuma Hakim Syarie di negara kita tidak membenarkan lafaz talaq itu dibuat dalam keadaan isteri tersebut mengandung bagi menghormati hak isteri tersebut.

“Suami pun janganlah b0doh sangat sangap nak ke j4nda bergetah sampai cer4ikan isteri waktu tengah mengandungkan anak kau tu.” – Muhammad Syarafi

SUMBER

Be the first to comment on "“Akan Dipenj4rakan Tidak Melebihi 6 Bulan Atas Dakw4an Mel4nggar Undang-Undang Keluarga Islam ??” – Ini Penjelasan Peguam Syarie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*