“Joget2 Tiktok Atas Sejadah” – Aksi Bi4dapp 2 Gadis Persenda Solat Tul4r

Solat merupakan satu ibadah wajib bagi setiap umat Islam. Ibadah tersebut begitu penting sehingga diibaratkan sebagai tiang agama.

Namun begitu, dalam era yang semakin membangun ini, ramai anak-anak muda yang senang terpengaruh dengan dakyah barat sehingga sanggup memperlekehkan solat secara terang-terangan.

Joget2 acah macam sembahyang

Lebih hina lagi, tindakan tersebut dimuat naik ke media sosial dan menjadi tatapan netizen. Ia bukan sahaja menyemarakkan rasa amarah orang ramai, malahan memberi persepsi buruk kepada agama Islam.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut dikenali sebagai fizahkhann telah memuat naik perlakuan biadap dua orang remaja perempuan yang sedang berkelakuan seperti sedang solat.

Mereka yang tidak menutup aurat dengan sebaiknya dilihat bergelak ketawa dan berjoget mengikut alunan muzik sambil melakukan pergerakkan seperti sedang solat.

Harap2 kita terhindar dari perangai macam tu

Video berdurasi 8 saat itu telah tular di Twitter dan mendapat kecaman daripada warganet dengan sikap tidak beretika dua gadis tersebut.

Sedih tengok kau perempuan macam ni

Yang bukan Islam pun malu

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan menyatakan kesahihan video tersebut sama ada berlaku di Malaysia atau pun tidak.

Posting yang ditemui di Twitter itu juga tidak memberitahu waktu yang tepat video biadap tersebut tersebar.

Sumber : fizahkhann

Be the first to comment on "“Joget2 Tiktok Atas Sejadah” – Aksi Bi4dapp 2 Gadis Persenda Solat Tul4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*