Heboh Video Sensasi Mirip Zul Ariffin,Fizo Omar Tampil Buka Mulut,Ini Komen Padu Fizo

Pelakon Fizo Omar membuka mulut mengenai isu kontroversi penyebaran video b0gel mirip aktor Zul Ariffin yang hangat diperkatakan umum baru-baru ini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, menyifatkan apa yang dilalui Zul itu merupakan ujian daripada-Nya.

“Ramai yang dok sibuk pasal Zul Ariffin. Pada aku doa je lah yang terbaik untuk dia.

“Itu bahagian dia, esok lusa kita tak tahu macam mana lagi. Allah nak bagi sesuatu kat dia tu. Level ujian kita berbeza mengikut kapasiti masing-masing,” luahnya.

Perkongsian itu dibuat pelakon drama tersebut menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter miliknya.

Terdahulu, sepotong rakaman video yang memaparkan wajah individu mirip pelakon Zul Ariffin tersebar di Twitter.

Rakaman tersebut menunjukkan rakaman lelaki sedang melakukan panggilan video dengan seseorang dalam keadaan b0gel.

Susulan penyebaran video itu, Zul Ariffin kemudian bertindak menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, aktor filem Sangkar itu menafikan dakwaan berkenaan.

Terdahulu sekitar tahun 2018 pernah tular sekeping foto alat sulit yang dimuat naik tanpa sengaja di Instagram pelakon terbabit.  

Gempak

Be the first to comment on "Heboh Video Sensasi Mirip Zul Ariffin,Fizo Omar Tampil Buka Mulut,Ini Komen Padu Fizo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*