” Dari haritu asyik mengadu telefon lama tu hang la..takleh tekan la..ni abg ngan akak ada rezeki sikit boleh la beri sedikit kegembiraan kat umi. nak dikirakan memang bnyk jasa umi kt abg..tapi ni je abg ngan akak mampu beli..Harap dpt buat umi gembira”
Demikian perkongsian seorang remaja yang bernama Firdaus Hani Hanapi yang membuat kejutan menggantikan telefon bimbit milik ibunya yang hampir rosak menyentuh perasaan warganet.
” Ummi terharu sangat, kemudian dia peluk kami adik-beradik. Dah dua tahun pakai telefon bimbit yang lama. Telefonnya mungkin rosak sebab adik selalu main game. Dia pernah mengadu telefonnya kerap hang baru-baru ini.
” Selalunya, kalau bab-bab beli barang, arwh ayah yang akan beli. Tapi kini arwh ayah dah tiada. Jadi saya rancang dengan kakak untuk belikan telefon bimbit baru buat ibu,” cerita Firdaus.
Firdaus dan enam lagi adik beradiknya kini bergantung kasih kepada ibu mereka sejak pemergian ayah tersayang.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia dan kakaknya berkongsi wang demi merealisasikan impian untuk memberi kejutan buat ibu tersayang, Arni Mohamed.
” Saya menerima wang elaun sepanjang menjalani kursus kemahiran di sebuah syarikat pengeluar komponen aeroangkasa di Batu Berendam, Melaka. Wang elaun tersebut memang dijadikan simpanan.
” Manakala kakak pula menggunakan wang gaji dia bekerja di sebuah kafe. Jadi bila dikongsi, jumlahnya mencukupi untuk membeli telefon bimbit model yang ummi suka iaitu Google Pixel 2XL,” ujarnya.
Cerita Firdaus lagi, dia dan kakaknya merancang dengan teliti sehingga ia tidak dapat dihidu oleh ibu mereka.
” Selepas saya beli, tugas kakak di rumah untuk ‘memperdaya’ ummi mengatakan kami nak keluar makan dan minta ummi bersiap. Ketika itulah kami membuat kejutan kepadanya.
” Memang reaksi ummi sangat terharu. Malah katanya, buat apa membazir, simpan saja wang untuk diri sendiri. Selepas itu dia peluk kami adik beradik dan ucapkan terima kasih di atas kejutan itu.
” Bagi saya dan kakak, ummi banyak berkorban untuk kami adik beradik sejak ayah tiada dua tahun lalu. Jasanya membesarkan dan mendidik kami tidak ternilai jika nak dibandingkan dengan apa yang kami beri.
” Lagi pula, kami puas dapat gembirakan ummi. Selagi orang tua kita hidup, tugas kita sebagai anak adalah untuk menggembirakan mereka,” ujarnya lagi.
Bercerita lebih lanjut, remaja berusia 18 tahun ini berkata, sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dia percaya menjadi tanggungjawabnya untuk membantu meringankan beban ibu yang kini berseorangan menyara kehidupan mereka sekeluarga.
” Arwh ayah, Hanapi Hamid mninggaI dnia akibat serangan jntung. Ketika itu ayah yang juga pengurus gudang sedang outstation di Indonesia. Memang kehilangannya amat mengejut, tambahan pula saya bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.
” Jadi ummi sahajalah tempat kami adik beradik bergantung. Pendapatannya sebagai seorang kerani tidak sebanyak mana, disebabkan itu saya dan kakak sedaya upaya nak ringankan beban ummi, lagi pun adik-adik yang lain masih bersekolah.
” Saya berazam untuk menamatkan kursus ini dengan cemerlang seterusnya mencari pekerjaan untuk membantu ummi dan keluarga,” demikian kata Firdaus mengakhiri bicara.
Sehingga kini, video yang dimuat naik Firdaus di Twitter meraih melebih 6,000 kali ulang kicau serta dihujani komen netizen yang rata-ratanya memuji usaha remaja tersebut.
Dua Beradik Buat Kejutan Beri Hadiah Telefon Baru Buat Ibu
Reaksi si ibu bila anak buat surprise hadiahkan telefon baru
Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Thursday, December 12, 2019
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar
Be the first to comment on "Perdaya Ibu Sendiri Nak Bawa Pergi Makan. Sampai Mnangis Ibu Bila Tahu Rancangan Sebenar Anaknya"