KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.
“Allah uji saya lagi, anak aya Alif Johan baru saha hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin,” kata Nora dalam nada sedih.
Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mc 2017.
Anak Nora antara bakal protege
PETALING JAYA: Anak kedua penyanyi, Nora Ariffin, Alif Johan, tersenarai antara 20 bakal protege program realiti Mentor Milenia 2019 yang akan menemui penonton TV3, Ahad ini
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, berkata selain mahu mengetengahkan bakat, dia ingin meneruskan legasi seni bapanya yang juga komposer terkenal.
“Tujuan saya menyertai program ini untuk menyambung legasi ditinggalkan arwah abah. Selepas abah meninggal, kami tak nampak siapa yang boleh menyambung usahanya. Abang saya tidak meminati muzik, manakala adik pula masih bersekolah.
“Andai suatu hari nanti ibu bersara, siapa pula yang mahu membawa nama Johan dalam industri seni? Jadi, saya memutuskan untuk mencuba nasib. Manalah tahu ada rezeki saya di luar sana?” katanya kepada BH Online.
Alif turut mendedahkan, ibunya agak skeptikal apabila mengetahui dia ingin menyertai program realiti.
“Apabila mendapat tahu saya menyertai program ini, dia bimbang saya tak boleh terima kecaman warganet. Dia bercakap berdasarkan pengalamannya menyertai sebuah program realiti, sebelum ini. Bagaimanapun, saya sudah bersedia.
“Pesannya, selain menjaga kesihatan dan mengelak minuman berais, dia juga mahu saya sentiasa kuat serta tabah. Ibu tidak mahu saya melayan komen negatif warganet,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Mentor Milenia 2019, di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini menyangkal dakwaan dirinya terpilih ke peringkat Top 20 hanya kerana dia anak selebriti.
“Semua ini hasil usaha saya sendiri, tanpa ada sebarang bantuan orang dalam. Kalau tak percaya, boleh tengok video rakaman. Seperti peserta lain, saya juga perlu beratur untuk menyertai sesi uji bakat,” ujarnya.
Lima penyanyi terkenal, Akim Ahmad, Hazama, Black, Stacy dan Ernie Zakri diberikan amanah membimbing 10 peserta yang terpilih sebagai protege dalam program itu.
Peserta program yang bakal diacarakan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM) itu akan dinilai oleh dua juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.
Mentor Milenia 2019 bakal menemui penonton TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.
“Mahu Sambung Legasi Keluarga” – Anak Nora & Johan Nawawi Terpilih Sertai…
Anak kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan, 20, tersenarai antara 20 protege untuk Mentor Milenia 2019.
Percaya pada kemampuan dan bakat, kata Alif penyertaannya dalam rancangan realiti itu demi menyambung legasi keluarganya.
“Saya mahu mencari platform yang berkualiti untuk menonjolkan kemampuan yang saya ada dan belajar daripada kelima-lima Mentor selain ilmu daripada ibu dan arwah ayah saya.
“Niat untuk masuk Mentor Milenia 2019 pun demi menyambung legasi muzik keluarga memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah.
“Saya selalu terfikir selepas ini kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?
“Jadi, saya cubalah mana tahu rezeki saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mentor Milenia 2019 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor semalam.
Tambah Alif, penyertaannya dalam Mentor Milenia 2019 atas usahanya sendiri tanpa menggunakan khidmat ‘orang dalam’.
“Ada cakap saya pakai bantuan ‘orang dalam’ tapi ramai tak tahu saya sendiri yang usaha, datang beratur ujibakat demi rancangan ini.
“Memang tertekan juga nak bawa nama ibu dan arwah ayah saya tetapi saya akan cubalah yang terbaik,” jelasnya.
Lima penyanyi terkenal, Akim Ahmad, Hazama, Black, Stacy dan Ernie Zakri diberikan amanah membimbing 10 peserta yang terpilih sebagai protege dalam program itu.
Rancangan itu bakal dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan akan dinilai oleh dua juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.
Mentor Milenia 2019 bakal menemui penonton TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.
Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.
Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.
Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.
Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.
Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri – anaknya. Lagu tersebut hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah.
Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi Ummi – Ceritalah Pada Kami! terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn Bhd selain lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.
Johan berpendapat lagu-lagu yang berunsur ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.
Be the first to comment on "Tergempar !! Nora Umum Berita Sedih, Selepas Kehilangan Suami, Kini Anak Pula Meninggai Dunia"