Berat dugaan buat penyanyi Nora Ariffin apabila anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut di kediaman mereka pagi tadi.
Terbaru, jenazah Allahyarham yang berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Masjid Kampung Tunku untuk solat jenazah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor esok.
Perkara tersebut diberitahu Nora menerusi laman Instagram dengan memuat naik sebuah video yang kelihatan menangis teresak-esak atas pemergian mengejut itu.
Dikebumi lepas bedah siasat
Pusara di lokasi tersebut juga menempatkan arwah suaminya, Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Sumber : Nora Ariffin

‘Dia Hantar Saya Ke Airport Pagi Tadi’ – Luahan Sayu Nora Kehilangan Alif Johan
Anak kedua kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Alif Johan telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya. Nora menerusi laporan Metromeluahkan rasa sedih sukar untuk menerima ketentuan ini. Seakan tidak percaya, pemergian Alif Johan seawal usia 20 tahun ini seperti Allahyarham suaminya iaitu Johan Nawawi.
Tidak bergerak selepas rebah
Nora Ariffin menyifatkan kematian anak lelakinya itu sama seperti Allahyarham suaminya dan tidak pernah terfikir Alif Johan mengalami masalah jantung.
Dia tidak ada sebarang penyakit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada penyakit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja.
Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah.
Bedah siasat akan dilakukan
Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham Alif Johan masih belum diketahui. Bedah siasat akan dijalankan untuk memperolehi kepastian punca tersebut.
Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi.
Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tempat yang sama dengan kubur arwah bapanya.
Sumber
Be the first to comment on "Terkini!! Nora Memuat Naik Sebuah Video Di Laman IG Yang Kelihatan Menangis Teresak-esak,Ini Pengumuman Yang Telah Dibuat Menyebabkan Ramai Turut Rasa Sebak"