Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum buat smua ..harap kisah aku ni dapat dijadikan sebagai pngajaran buat lelaki lelaki diluar sana ..kisah yang bermula pada umur aku 28 tahun ..aku berkenalan dengan seorang pmpuan yang cantik dan sangat baik berumur 23 tahun ..
dia memang lain dari yang lain ..tu sebab aku terpikat dengan dia dan disinilah bermulanya kisah cinta kami .. Pada awal hubungan semua baik baik belaka .. aku dan dia saling menyayangi dan telah membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan kami ni ..
jujur aku sangat sayang dan cintakan dia begitu juga dia .. tapi aku silap sesilap silapnya .. dalam baik dia , dalam setia dia , aku ambik kesempatan atas semua tu ..aku ambil maruah dia dengan janji janji manis aku padanya .. aku tak salahkan dia sebab aku yang mulakan dulu ..
aku memang tak guna .. Pada 1 hari dia bagi tau aku yang dia mengandung .. yer dia mengandungkan anak aku benih aku .. dia merayu menangis minta aku percepatkan nikah dengan dia tapi entah kenapa aku marah dia , aku bagi kata kata kesat kat dia , aku benci dia ..
padahal aku sangat sayangkan dia .. aku tinggalkan dia terkapai kapai sorang diri dengan kandungan tu .. Allah berdosanya aku , jahatnya aku perlakukan dia sbegitu .. betapa buruknya dia dimata aku waktu tu sedangkan dia ikhlas sayangkan aku .. kurang bijaknya aku ..
Tak lama aku bernikah dengan isteri aku atas pilihan keluarga .. aku turut sebab aku tak nak bertanggungjawab atas ape yang dah jadi .. semua orang melihat kegembiraan aku ketika bernikah tapi hati aku masih teringatkan dia yang tiba tiba menghilangkan diri entah kemana sampailah aku dah anak sorang ..
waktu tu aku langsung tak ambik tahu pasal dia dengan kandungan tu .. Dia pun tak ada cari aku atau hubungi aku .. aku tak tahu keadaan dia baga imana .. aku tahu dia kecewa sebab aku buat dia macam tu dia , malah aku memperlekehkan maruah dia ..
mungkin dia bencikan aku atas prbuatan aku tapi hati aku masih sayangkan dia .. aku rindukan dia .. sungguh aku rindu semua tentang dia .. kurang bijaknya aku sebab tinggalkan dia .. Selama 4 tahun dia menghilangkan diri ..aku sendiri pun tak tahu ape yang berlaku pada hidup dia dan anak kami ..
selama tu jugalah hidup aku tak tenang asyik teringtkan dosa dosa lama walaupun aku dah bertaubat tapi aku tetap tak tenang selagi aku tak jumpa dia , tak mintk maaf dari dia , tak tengok dia dengan anak aku dengan mata kepala aku sendiri..
Bukan setakat tu je aku jugak berdosa pada keluarga dia terutama mak ayah dia sebab aku buat jahat pada anak mereka .. rumah tangga aku pun dah lama tak aman sebab kami sering brbalah walaupun hal kecik tapi aku sayangkan anak aku .. smua ni terjadi sebab dosa lalu aku ..
mungkin ni balasan Allah terhadap aku .. Pada awal bulan 11 tahun lepas waktu itu aku ada ditesco beli barang keperluan harian sedang aku leka pilih pilih barang barang aku terdengar suara perempuan dengan sorang budak perempuan mngekek ketawa dibelakang aku ..
terus aku berpaling tengok siapa .. betapa terkejutnya aku melihat dia .. yer dia perempuan yang aku sayang dan cinta dulu hingga sekarang .. Dia berhenti ketawa lepas tengok aku .. lama kami bertatapan .. lama juga aku tenung mata dia .. waktu tu lah aku teringat kembali bagaimana aku
memperlekehkan maruah dia dan aku buang dia macam sampah dulu .. mata tulah yang pandang aku dengan penuh kasih.. dulu dan mata tu jugaklah bengkak menangis sebab ketidak pandaian aku .. lidah aku waktu kelu .. nak sangat aku tegur dia tapi aku kaku dan malu ..
Aku tiba tiba jljik dengan diri sendiri .. aku tengok anak perempuan aku .. comel sangat anak aku sebijik macam muka ibu dia .. bangganya aku anak aku sangat comel dan kemas terurus .. pandai dia juga anak kami .. meriah aku tengok mereka walaupun cuma berrdua ..
cemburu aku tengok kegembiraan mereka .. dia kemudian pegi dari pandangan aku .. pertama kali dalam hidup aku rasa sebenar benarnya bahagia walaupun aku dah kawin tapi aku tak rasa bahagia seperti itu .. Sejak dari itulah aku ikut gerak geri dia ..
aku nak tahu perkembangan hidup dia .. aku sangka dia dah kawin tapi rupanya tak .. dia masih single ..aku senang hati tahu dia masih lagi single .. dia tinggal di ….. bersama mak dan ayahnya .. dia bahagia sekarang .. Anak aku yang dia kandung tu lah penyeri hidup mereka semua ..
aku dapat lihat betapa sayangnya mak dan ayah dia dengan anak aku ..bertuahnya anak aku tu .. kalau boleh aku nak sangat peluk cium anak aku tapi aku tahu aku tak layak untuk tu .. aku cuma mampu lihat kebahagiaan mereka semua dari jauh ..
Kadang aku menangis seorang diri terkenangkn nasib hidup aku .. dia lebih bahagia dari aku rupanya .. dia boleh hidup tanpa aku sedangkan hidup aku masih lagi tidak tenteram selagi tak dapat kemaafan dari dia dan keluarga .. dia jauh berbeza dari isteri aku bila bercakap mesti cakap kuat
dan bila brgduh walau hal kecil mesti perkataan perpisahan yang keluar dari mulut dia .. selalu nak aku ikut kemahuan dia .. Allah kuatkan lah aku untuk hadapi semua ni .. Pada hujung bulan 11 tu aku tekad untuk jumpa dia walau apa pun yang jadi ..
pagi pagi lagi aku keluar tunggu jauh sikit dari rumah dia .. aku nak follow ikut dia .. lama aku tunggu dia tapi aku tak kisah asal aku dapat jugak jumpa dia .. tak lama dia keluar dan dia bawak sekali anak kami .. senyum aku tengok diorang ..
manja betul anak aku tu dengan ibu dia .. Alangkah indahnya jika aku suaminya tapi aku tahu tu semua tak mungkin brlaku .. aku terus ekori dia .. rupanya dia keluar jumpa dengan kawan lama kami ..yer aku kenal perempuan tu .. maknanya dia tahu yang ex aku kandungan anak aku dulu ..
selepas selesai bertemu aku tengok dia dengan anak pegi ke kereta dan aku cepat cepat kejar diorang .. waktu tu lah aku tegur dia tapi kali ni dia tak terkejut pun tengok aku malah dia diam je .. Aku tanyakan dia ke mana awak menghilang selama ni ..
siapa yang jaga semasa awak mengandung dulu .. dah lama abang cari awak ..4 tahun awak hilang akhirnya abang jumpa jugak .. dah besar anak kita .. banyak lagi yang aku nak tanya dia tapi dengan tenang dia jawab .. Allah sentiasa bersama dengan orang orang yang teraniaya ..
kenapa awak cari saya sedangkan awak yang buang saya macam sampah .. saya dah lalui ujian hebat dari Allah untuk saya rasa pahitnya sabar dan indah pada pengakhirannya bersama keluarga saya.. pesan saya untuk awak jangan jadi perosak ..
itulah kata kata dia pada aku yang masih terngiang ngiyang di kepala otak aku smpai sekarang .. Dia dah pegi jauh dari hidup aku dengan anak aku ..sedihnya aku hanya Allah yang tahu ..aku harap Allah lembutkan hati dia untuk maafkan segala kesalahan aku padanya ..
aku sangat rindukn mereka .. Buat awak Che , abang tak sempat pun nak mintak maaf dengan awak .. abang harap awak akan lebih bahagia disamping keluarga .. juga dan didiklah anak kita sebaik mungkin .. walau ape pun dia tetap anak abang , satu daging abang ..
sungguh sungguh bertuah siapa yang dapat miliki awak , miliki hati awak , miliki kasih sayang awak ..demi Allah abang menyesal tingglkan awak dulu .. Kepada lelaki lelaki kat luar sana , jangan sia siakan perempuan yang benar benar ikhlas sayangkn kau ..
jangan sesekali ambik kesempatan atas kekurangan yang ada pada diri pasangan kau .. jangan jadi macam aku mnyesal tak sudah sampai ke hari ni .. jangan jadi bodoh macam aku .. Pesanan aku buat lelaki kat luar sana yang pernah rosakkan anak dara orang .. jadilah lelaki yang bertanggungjawab ..
kalau tak hidup kau akan jadi macam aku .. bila orang yang kau aniaya tu angkat tangan dan memohon doa pada Allah , siaplah kau untuk terima balasan kau ..jangan ingat kau akan terlepas dengan perbuatan kau.. Aku harap kisah aku dijadikan tauladan buat smua ..terima kasih ……
Be the first to comment on "Lelaki ini berjaya buntingkan teman wanitanya. Tak sangka lepas 4 tahun lelaki itu jumpa teman wanita dulu tapi yg pelik nampak seronok sgt dgn ank perempuan mereka"