Hasil Bed4h Siasat Dijalan Ke Atas Aruwah Alif Johan, Nora Dedah Laporan Bed4h Siasat Punca Kem4tian Anaknya Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia

PENYANYI Nora Ariffin mendedahkan hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan pada pagi Ahad tidak menunjukkan sebarang tanda yang dikenalpasti menjadi punca kematian anaknya, Alif Johan.

Menurut Nora, dia berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan pihak hospital meskipun tidak bersetuju untuk melakukan bedah siasat terhadap anak keduanya itu.

“Saya berpuas hati dengan keputusan bedah siasat kerana tiada tanda-tanda abnormal.

“Kalau ikutkan saya tak nak buat postmoterm itu. Tetapi disebabkan dia masih muda jadi kebarangkalian itu macam-macam, saya takut kalau dia ada makan apa-apa ubat, akhirnya saya ikut prosedur polis dan keputusan keluarga. Kalau ikutkan keputusan postmoterm itu tertulis pending investigation.

“Tiada ibu yang sangka anak umur 20 tahun akan meninggal. Saya tak pernah jangkakan,” ujarnya kepada mStar.

Alif rebah di rumahnya selepas menghantar Nora ke lapangan terbang untuk ke Singapura.

Pada Sabtu, anak keduanya Nora iaitu Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediamannya.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, kata Nora, doktor ada memaklumkan bahawa jantung arwah sedikit besar namun tidak pasti jika kegagalan jantung adalah punca kematian anaknya itu.

Tambahnya, pihak hospital turut memberitahu arwah juga tidak terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan atau bahan terlarang.

“Mengikut keputusan doktor beritahu tiada apa-apa yang pelik atau diluar normal. Saluran darah dia okay cuma jantung dia ada kemungkinan bengkak sebab ada besar sikit.

“Malah arwah juga bersih dari sebarang ubat-ubatan atau pengambilan bahan terlarang atau apa-apa bahan yang terlarang,” katanya.

Alif pernah jalani pembedahan untuk kurus.

Tambah Nora, anaknya itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang untuk ke Singapura.

Bagaimanapun, pembantu rumah memaklumkan anaknya itu tiba-tiba rebah sewaktu mahu baring.

“Tiada perubahan apa-apa, dia salam macam biasa kemudian bila saya sampai di Singapura, pembantu rumah call beritahu Alif tak sedarkan diri.

“Dia nak baring di sofa kemudian jatuh dan bila cuba kejutkan dia sudah tiada,” katanya.

Untuk rekod, Alif sebelum ini pernah menjalani bariatric surgery atau pembedahan ‘mengikat perut’ merupakan salah satu pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mc 2017.

Sekitar Pengebumian Aruwah Alif Johan

SUMBER: MStar

Selesai P0st-mrtem Esok, Anak Kedua Nora Akan Dikebvmikan ‘Bersama’ Ayahnya

Al Fatihah.. ketika penyanyi Nora Ariffin, masih lagi mengumpul kekuatan menerima hakikat pemergian suami, Johan Nawawi dua tahun lalu. Pagi ini, ibu ini redha menerima ujian pemergian anak kedua nya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20.

Alif Johan meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarganya pagi tadi. Dan berita sedih itu dikongsikan Nora sendiri di instagramnya ketika penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat dari Singapura.

Nora menerima berita sedih itu sebaik tiba di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia kemudiannya, bergegas mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Menurut saudara terdekat, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Anak Kedua Nora Akan Di Post-mortem Esok

Terkini, Nora memaklumkan jenazah anak keduanya akan menjalani post-mortem esok. Sebaik selesai urusan itu, insya Allah pada waktu Zohor, jenazah anaknya akan dibawa ke masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, iaitu tanah perkuburan yang sama dengan arwah suaminya.

Esok anak saya akan dipost-mortem dulu. InsyaAllah.. lepas selesai.. lepas zohor, jenazah akan di bawa ke masjid Kampung Tunku. Insya Allah.. dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara bersama ayahnya.”

Saya Diuji Sekali Lagi

Kongsi Nora sebelum ini, “Inna Lillahi wainna ilayhi raji’un… Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Aliff Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.”

Beliau kembali ke rahmatullah pagi tadi. Di rumah saya dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.”

Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi.. Saya reda Ya Allah.”

Pemergian Alif Johan meninggalkan tiga orang beradiknya yang lain, Mohd Syakir Iman Johan, Purti Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.

Allahyarham Pernah Jalani Pembedahan Bariatric

Sebelum ini, Alif pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram. Arwah kemudiannya menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.

Allahyarham juga aktif dalam nyanyian malah tersenarai sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019. Semasa hayatnya, berimpian meneruskan legasi arwah bapanya dalam bidang muzik.

Pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Pada 6 Disember lalu, Allahyarham juga memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) yang membawakan lagu Salam Terakhir.

Dua tahun sebelumnya, suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nora Ariffin. Semoga roh Allahyarham Alif Johan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Nora AriffinBerita HarianHarian Metro

Biodata Alif Johan (Mentor), Anak Penyanyi Nora Ariffin Yang Meninggal Dunia

biodata alif johan

Muhammad Syakir Alif bin Johan Nawawi atau juga dikenali sebagai Alif Johan merupakan seorang penyanyi remaja atau ‘BBNU’ di Malaysia.

Alif Johan juga merupakan anak kepada Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi lagenda, Nora Ariffin.

Beliau meninggal dunia pada 14 Disember 2019 sewaktu berada di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor selepas rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Biodata

  1. Nama sebenarnya, Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi. Menggunakan nama pentas, Alif Johan.
  2. Berusia 20 tahun (2019).
  3. Berasal dari Selangor.
  4. Anak kepada pasangan penyanyi Nora Ariffin dan komposer lagenda, Allahyarham Johan Nawawi.
  5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.
  6. Pelajar tahun akhir bidang perfileman di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  7. Merupakan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2019.
  8. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3 meskipun hanya tersenarai sehingga peringkat Top 20 protege.
  9. Laman sosial Instagramnya, @alifjohan sehingga kini sudah mengumpul lebih 14,000 pengikut.

 

Fakta Menarik

  • Aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.
  • Meminati dunia seni suara sejak zaman kecil yang mana beliau menyifatkan bakatnya diwarisi daripada kedua ibu bapanya.
  • Juga mempunyai bakat dalam bidang penciptaan lagu.
  • Ingin menjadi penyambung legasi keluarga dalam bidang muzik memandangkan abangnya tidak berminat, manakala adiknya pula masih di bangku sekolah.
  • Bapanya, komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun kerana serangan jantung.
  • Pada 6 Disember lalu, beliau menerusi Instagram berkongsi rakaman video kemenangan meraih gelaran juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), dengan membawakan lagu Salam Terakhir.
  • Pernah berdepan masalah obesiti hingga mencecah 130 kilogram sebelum mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat sebanyak 40 kilogram dalam beberapa bulan.

FOTO

alif johan mentor

anak nora ariffin

nora ariffin

alif johan meninggal

VIDEO:

SUMBER

Artikel Ini Diolah Dan Dikemaskini Oleh Team BSM [walla]

 

Be the first to comment on "Hasil Bed4h Siasat Dijalan Ke Atas Aruwah Alif Johan, Nora Dedah Laporan Bed4h Siasat Punca Kem4tian Anaknya Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*