Ammar Alfian Memuat Sekeping Foto Mengundang Pelbagai Reaksi Dari Netizen,Ini Hal Sebenar Yang Terjadi

Ammar Alfian ada berkongsi sekeping foto menunjukkan kecederaan sewaktu dia menjalani penggambaran bagi filem Paskal The Movie.

Impak terjunan daripada pelantar minyak menyebabkan pelakon berusia 32 tahun ini cedera di bahagian mata dan telinga.

“I call it ‘the slap from God’. Throwback to when i did dat killer jump off the oil rig for Paskal The Movie. Got this and a broken ear drum.

“Better be prepared for shit like this again cos a muthafcka aint done yet,” tulisnya.

Di ruang komen, rata-rata netizen memberikan reaksi atas keazaman yang ditunjukkan.

View this post on Instagram

Growing pains🐺🦍🦏👽🤙🏿 #jebtraining

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Foto : Instagram Ammar Alfian

“Janganlah Benci Betul-Betul Sampai Ingat Saya Sama Macam Jeb” – Ammar Alfian

Kemunculan pelakon Ammar Alfian menerusi watak Jeb dalam filem PAKAL The Movie sememangnya memberikan impak besar kepada kerjayanya.

Kemampuan Ammar membawakan karakter itu ternyata berjaya meninggalkan kesan di hati penonton sehingga ada yang menyatakan rasa geram dengan watak tersebut.

Kata Ammar, dia tidak kisah dirinya dibenci kerana kebencian penonton merupakan maklum balas dan bukti lakonannya berkesan.
“Itu hanya sekadar lakonan dan kalau sampai memberikan kesan kepada penonton, bagi saya itu sesuatu yang bagus.

“Alhamdulillah, itu tandanya menjadilah watak itu dan yang penting saya tak kayu dah,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun, Ammar berharap penonton tidak menyamakan dirinya dengan watak itu.

“Saya memberikan sepenuh jiwa mengikut skrip dan arahan sutradara. Rakan sepasukan saya juga sangat membantu.

“Apabila kami serasi, semua karakter akan meresap dalam jiwa dan menjadi lebih mudah untuk diterjemahkan.

“Saya tidak kisah dibenci atau pun tidak kerana Jeb, sebab bagi saya ini adalah karakter dalam lakonan dan saya harus bertanggungjawab untuk menjayakannya.

“Tetapi janganlah benci betul-betul sampai ingat saya memang sama macam Jeb sedangkan realitinya tidak,” katanya.
 
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.
 
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
 Foto: Instagram @ammar_alfian  

Be the first to comment on "Ammar Alfian Memuat Sekeping Foto Mengundang Pelbagai Reaksi Dari Netizen,Ini Hal Sebenar Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*