Ketika Di Tanya Bila Tun Mahathir ‘Bakal Melepaskan Jawatan Dan Siapa Bakal Perdana Menteri’ Oleh Wartawan Asing, Ini Jawapan Tun M Buat Ramai Tak sangka

Siapa bakal Perdana Menteri Malaysia? Menjadi perhatian wartawan luar negara. Ketika ditanya, bila Tun Dr Mahathir bakal melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri? Beliau dengan tegas berkata, peralihan kuasa itu dipersetujui dan dilaksanakan, selepas isu utama selesai.

Selesai masalah negara, lepas jawatan – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menyelesaikan masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri juga mengulangi kenyataannya sebelum ini yang beliau tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sudah berjanji akan meletak jawatan selepas saya menyelesaikan masalah utama yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Saya berjanji akan melepaskan jawatan dan memberi kepada calon yang dinamakan oleh gabungan (Pakatan Harapan),” katanya kepada wartawan Al Jazeera di Forum Doha 2019.

Perjanjian bersama antara pemimpin parti komponen Pakatan Harapan juga menyatakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu akan menyerahkan jawatan kepada Anwar yang juga Presiden PKR, pada tarikh yang belum diketahui.

Ketika ditanya wartawan Al Jazeera, sama ada beliau akan meletak jawatan selepas 2020, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian selepas menyelesai masalah utama yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir juga berkata, beliau mempunyai pengalaman buruk terhadap penggantinya ketika melepas jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya menamakan pengganti (ketika itu) tapi beliau gagal (melaksanakan tugas dengan baik),” katanya,

Dr Mahathir berkata, masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu sangat besar dan ia tidak boleh diselesaikan dalam satu malam.

Katanya, kerajaan diberi mandat lima tahun bagi mencapai objektif yang diperlukan dan dalam masa setahun setengah pemerintahan, banyak yang sudah berjaya dilakukan.

“Kewangan negara juga kini semakin baik berbanding sebelum ini,” katanya.- HarianMetro

Saat Bila Tun M Di Tanya Oleh Wartawan Asing ” ‘Bakal Melepaskan Jawatan Dan Siapa Bakal Perdana Menteri’ Di Minit 30

Ucaptama Perdana Menteri di Forum Doha 2019

Ikuti ucaptama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Forum Doha 2019

Posted by Astro AWANI on Friday, December 13, 2019

SUMBER

“Azmin, Mukhriz pun boleh jadi Perdana Menteri”

Image result for azmin dan mukhriz"

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak terlalu yakin untuk menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri .

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, nama-nama lain seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilihat boleh menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas ini.

“Sesungguhnya saya amat tidak memahami gelagat dan kenyataan Anwar mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

“Hari ini cakap lain dan esok berbeza pula bunyinya. Apa yang Anwar ibrahim cuba buktikan dalam isu pengganti Perdana Menteri?

“Kalau Anwar mahu sangat hendak menjadi Perdana Menteri kelapan, cakap saja terus terang. Janganlah berdolak dalik lagi. Ini depan dan belakang berkata lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Anwar dalam satu temubual bersama Bloomberg sebelum ini berkata akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

Dalam pada itu kata, Khairuddin, Anwar sebelum ini berkata tidak mahu mendesak atau menetapkan tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mahu memberi ruang yang selesa bagi menyelesaikan semua permasalahan negara masa kini.

“Tetapi sekarang Anwar meramalkan kemungkinannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar bulan Mei 2020 pula. Rakyat harus menolak pemimpin yang penuh dengan sifat hipokrasi begini.

“Hakikatnya, Anwar harus sabar dan perlu percaya kepada ketetapan Tuhan yang akhirnya bakal menentukan siapa boleh menjadi Perdana Menteri selepas era kepimpinan Dr Mahathir,” ujarnya.

Kata Khairuddin, Anwar juga harus pasrah dengan ketentuan Tuhan dan tidak kecewa seandainya jawatan Perdana Menteri tidak memihak kepadanya buat kali kedua.

Anwar sebelum ini turut menafikan dakwaan wujud konspirasi untuk mengangkat Azmin atau Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

SUMBER

Be the first to comment on "Ketika Di Tanya Bila Tun Mahathir ‘Bakal Melepaskan Jawatan Dan Siapa Bakal Perdana Menteri’ Oleh Wartawan Asing, Ini Jawapan Tun M Buat Ramai Tak sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*