Tahniah! Shaza Bae Juara Dewi Remaja 2019, Ini Biodata ‘Sang Juara’.Bukan Calang Calang Orang

Peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Shaza,24, menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana, Nynaa, Amanda dan Syamira.

Mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Al-Yahya yang juga juri tetap program terbabit.

Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Adrianna manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga.

Diikuti tempat keempat Syamira Izzati dan tempat kelima Shatirah Amanda.

Sementara itu, Nina Amin memenangi kategori Dewi Inspirasi, manakala Sharlin dinobat sebagai Dewi Favourite.

Barisan juri terdiri daripada Scha Al-Yahya dan Yusry Abd Halim selaku juri tetap.

Manakala Datuk Aznil Hj Nawawi dan Dr Soo Wincci sebagai jurit jemputan.

Program ini turut dihoskan oleh Amelia Henderson dan Kamal Adli.

SUMBER

Biodata Shaza Bae (Shaza), Peserta Dewi Remaja 2019

biodata shaza bae

Pengacara Shaza Bae antara yang bakal melengkapi senarai Top 12 peserta atau finalis Dewi Remaja edisi 2019.Kejayaan merentasi saringan Top 20 meletakkan beliau sebagai antara pesaing yang akan memberikan cabaran kepada dewi remaja yang lain dalam merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Persaingan Top 12 bakal memulakan siarannya pada 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.Pemenang Dewi Remaja akan diumumkan pada episod kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember.   

Biodata

  1. Nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri.
  2. Dikenali umum sebagai Shaza Bae atau Shaza.
  3. Berusia 24 tahun.
  4. Berasal dari Kuala Lumpur.
  5. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni daripada Universiti Malaya (UM).
  6. Kini memegang peranan sebagai pengacara televisyen dan wartawan yang bertugas di sebuah saluran digital.

Fakta Menarik

  • Wajahnya acapkali menghiasi iklan komersial.
  • Dalam diam menyimpan bakat terpendam dalam bidang lakonan.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @shazabae_ sehingga kini sudah mencatatkan lebih 21,000 pengikut.

Foto

View this post on Instagram

Fefeling Cleopatra dengan makeup @farynrazak 💛 . Don’t forget tonight geng as usual at 9pm on Astro Ria and Ria HD. Download astro go to watch it online. I’ll be going live today at @majalahremaja’s live. See ya 🖤 . #DewiRemaja2019 #DewiRemaja #MajalahRemaja #Remaja

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on

 

 

 

 

Be the first to comment on "Tahniah! Shaza Bae Juara Dewi Remaja 2019, Ini Biodata ‘Sang Juara’.Bukan Calang Calang Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*