Tips Dan Petua Cara Hilangkan Parut & Bekas Jerawat Di Muka Dalam Tempoh Singkat

Tips Dan Petua Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Di Muka Dalam Tempoh Singkat Dan Berkesan. Jerawat memang merupakan musuh utama kepada penampilan wajah apabila kita meningkat dewasa.

Apakah cara hilangkan parut atau bekas jerawat di muka dengan cepat dan berkesan? Terdapat banyak punca jerawat tumbuh di muka seseorang dan ada orang yang mukanya langsung tiada jerawat dan ada juga orang yang jerawat tak pernah hilang di wajahnya.  Anda mesti berasa gembira apabila berjaya mengatasi masalah jerawat di wajah anda bukan?

Walaubagaimanapun, tidak semua yang boleh digembirakan sangat apabila terdapat beberapa jerawat yang meninggalkan parut atau bekas di muka kita. Meskipun tiada lagi jerawat di muka kita, tetapi parut dan bekas jerawat di muka menjadi satu lagi masalah untuk kita untuk memiliki kulit wajah yang licin, cantik dan tampil lebih menarik.

Jadi apa cara berkesan hilangkan parut  dan juga bekas jerawat  yang degil di mukayang boleh kita lakukan bagi mengembalikan seri di wajah kita?allheboh.com - Tips Dan Petua Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Di Muka Dalam Tempoh SingkatSalah satu cara ialah menggunakan produk yang banyak dijual di pasaran tetapi walaupun ada yang terbukti berkesan menghilangkan bekas jerawat, namun harganya juga agak mahal dan ramai yang tidak mahu mengambil risiko melainkan produk itu terjamin betul-betul dapat mendatangkan hasil yang diharapkan.

Cara yang kami ingin kongsikan ialah petua cara hilangkan bekas jerawat di muka yang tidak memerlukan belanja yang besar:

Lidah Buaya
Khasiat lidah buaya memang tidak dapat dinafikan lagi apabila sering dijadikan ramuan untuk ubat-ubatan dan juga produk-produk kesihatan. Tetapi, tahukah anda bahawa lidah buaya juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bekas jerawat di muka? Sapukan gel dari lidah buaya ke tempat atau bekas jerawat di muka anda dan biarkan seberapa lama yang mungkin. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan parut atau bekas jerawat anda akan semakin menghilang.

allheboh.com - Tips Dan Petua Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Di Muka Dalam Tempoh Singkat

Telur putih dan madu
Anda boleh menggunakan telur putih sahaja jika tidak ada madu. Tapi jika anda dapat mencari madu beserta dengan telur puti sekali, campurkan keduanya untuk dibuat ramuan masker madu + telur. Asingkan dulu telur putih dari kuning telur sebelum campurkan dengan madu. Seeloknya lumurkan di bahagian muka sepanjang malam iaitu sebelum tidur dan cuci muka apabila bangun keesokan harinya.

Jeruk Nipis
Jeruk nipis juga merupakan salah satu petua hilangkan bekas jerawat di muka. Caranya ialah seperti yang lain iaitu sapukan ke bahagian muka yang ada bekas jerawat dan biarkan seketika (lebih kurang 30 minit) sebelum cuci muka anda engan air. Jeruk nipis kaya dengan kandungan vitamin C dan boleh merangsang sel kulit yang mati dan sebab itu sesuai digunakan untuk hilangkan bekas jerawat dengan cepat dan berkesan.

SUMBER

Be the first to comment on "Tips Dan Petua Cara Hilangkan Parut & Bekas Jerawat Di Muka Dalam Tempoh Singkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*