Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Berjaya Mendapatkan ijazah

Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Makan Sisa Makanan Untuk Meneruskan Kelangsungan Hidup, Dia Juga  Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Dia Berjaya Mendapatkan ijazah.

Semua orang punyai cita-cita dan impian untuk dicapai dan dimiliki. Namun takdir yang tersusun sudah termaktub, setiap perjalanan dan destinasi berbeza. Justeru ada yang berjaya mencapai mimpi dengan mudah dan ada juga yang tersungkur ketika ‘melompat’ untuk menggapainya.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur sebelas tahun. Beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

sajagempak.com - Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Berjaya Mendapatkan ijazah

Lebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

sajagempak.com - Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Berjaya Mendapatkan ijazah

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia sebelas tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampai bagi mendapatkan wang untuk ibubapanya.

Dia juga pernah memakan sisa makanan untuk meneruskan kehidupannya.

sajagempak.com - Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Berjaya Mendapatkan ijazah

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran dan menjadi inspirasi buat kita semua. Tiada apa yang mustahil asalkan kita berusaha mendapatkannya dengan usaha yang tinggi. Kita tidak akan pernah tahu kemampuan diri kita jika kita tak pernah mencuba. Selain itu, pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada organisasi yang membantu golongan susah.

Sumber : Cambodian Childrens Fund

Be the first to comment on "Gadis Cantik Ini Dulunya Pengutip Sampah Dan Tidak Bersekolah Hingga Umur 11 Tahun, Kini Berjaya Mendapatkan ijazah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*