Zara Zya Putus Tunang Dan Terbaru Puncanya Dikatakan Zara Ada `Hubungan Sejenis`, Ini Penjelasan Zara Zya

PELAKON popular, Zara Zya menafikan dakwaan hubungan baiknya dengan seorang wanita sebagai punca dia putus tunang dengan pelakon Hafreez Adam sejak bulan lalu.

Perkara itu timbul selepas tersebarnya empat video Instagram Stories yang memaparkan perbualan mesej di aplikasi WhatsApp di antara Zara dengan wanita itu sejak semalam.

Zara, 34, berkata, dia dan wanita itu kawan baik dan ada pihak yang sengaja memperbesarkan isu putus tunangnya.

“Sumpah perkara itu bukan puncanya. Kami cuma berkawan. Paling penting, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis). Orang lain pun mesti pernah menghantar mesej sayang dengan kawan perempuan kan?” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zara, dia sudah bertanya kepada rakannya itu berhubung penyebaran video itu.

“Tak tahu kenapa dia berbuat sedemikian. Saya pun tanya kepada dia kenapa muat naik video itu,” katanya.

Dalam masa sama, Zara menyifatkan tindakan penyebaran video itu sebagai alasan untuk menghangatkan isu putus tunang mereka.

“Sekarang orang sengaja mencari isu. Bagi saya perkara ini benda kecil saja,” katanya.

Sementara itu, Hafreez ketika dihubungi turut menafikan wanita dan video itu sebagai punca perpisahan mereka.

“Saya tak putus dengan dia sebab video ini. Saya tak rasa dia seperti itu (hubungan sejenis). Sepanjang dengan Zara, dia sangat manja dan tak pernah tengok dia berkelakuan pelik seperti dalam video itu.

“Tak tahu pula jika ada orang cuba nak perangkap dia. Kalau boleh saya tak nak masuk campur urusan peribadi dia sebab dia bukan tunang saya lagi,” katanya.

View this post on Instagram

Aku ini wanita biasa 🌹

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Terdahulu, Hafreez mengesahkan sudah putus tunang dengan Zara sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang.

Pasangan yang mula berkawan sejak berlakon dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "Zara Zya Putus Tunang Dan Terbaru Puncanya Dikatakan Zara Ada `Hubungan Sejenis`, Ini Penjelasan Zara Zya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*