Kisah benar ini berlaku di mana penulis berkesempatan bertemu dengan salah seorang anggota jawatankuasa hakam ketika melakukan satu tugasan.
Awalnya, topik perbincangan kami hanya terarah kepada skop persoalan yang penulis utarakan. Wawancara tersebut nampaknya semakin rancak apabila beliau menyentuh ke satu topik lain pula.
Senario itu satu perkara biasa lebih-lebih lagi bertemu dengan individu yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan.
Hakam tadi memberitahu bahawa kes percraian di Malaysia kini berada pada peringkat sangat membimbangkan. Masakan tidak, rata-rata alasan percraian yang dikemukakan pasangan adakalanya tidak masuk dek akal.
Bagi yang pernah pergi kursus perkahwinan mungkin pernah dengar kisah ini yang dikongsikan penceramah.
Hakam tadi meneruskan rentak ceritanya. Ujar beliau, ada satu kes yang dikendalikannya melibatkan pasangan suami isteri yang bercrai hanya kerana gara-gara ubat gigi!
” Si suami itu dikatakan suka picit ubat gigi dari belakang, manakala isterinya pula gemar picitnya dari tengah.
” Situasi itu kadangkala membuatkan pasangan berkenaan kerap bergduh dan bermasam muka. Akhirnya, kes dibawa ke Mhkamah Syariah. Walaupun perkahwinan mereka cuba diselamatkan, namun akhirnya bercrai juga,” katanya.
Satu lagi kes yang dimaklumkan kepada penulis juga tidak kurang peIiknya.
Kali ini melibatkan seorang suami yang mempunyai sikap pendiam.
Hakikatnya, si isteri sebelum kahwin lagi sudah tahu bahawa suaminya memang tidak banyak bercakap. Namun, atas dasar ingin mencuba untuk hidup bersama, kedua-duanya menetapkan keputusan untuk mengikat tali perkahwinan.
Setahun bersama, segalanya indah belaka. Namun lama-kelamaan, si isteri mula bosan dengan sikap pendiam suaminya.
Kata hakam berkenaan, sebenarnya bukan si suami tidak sayangkan isterinya, namun memang sikapnya yang kurang bersembang memang sudah begitu sejak kecil lagi.
Malah bersama ahli keluarganya sendiri, pendekatannya tetap serupa. Tiada yang berubah. Barangkali wanita itu menganggap ia satu peny3ksaan hebat baginya, maka terlerailah ikatan yang dibina.
Ujar hakam tersebut, itu hanya dua contoh. Sebenarnya terdapat banyak lagi kes pencraian berlaku atas faktor ‘luar biasa’.
Jika melihat kembali laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan pencraian orang Islam yang direkodkan pada tahun 2017 mencecah 39,709 kes.
Jumlah itu menurun sebanyak tiga peratus berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan 41,030 orang seperti yang dilaporkan Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Laporan sama turut menyebut, pencraian paling ramai melibatkan kumpulan umur antara 30 hingga 34 tahun baik lelaki mahupun wanita sepanjang tahun 2017. Kumpulan usia tersebut bukan sahaja merangkumi orang Islam sahaja, tetapi juga mereka yang bukan Islam.
Percraian sebenarnya adalah pilihan terakhir seandainya tiada apa lagi boleh dibuat meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.
P/s: gambar di atas adalah sekadar hiasan
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : sinarharian
Be the first to comment on "Sampai Pergi Mhkamah, Suami Craikan Isteri Kerana Tak Suka Isterinya Picit Ubat Gigi Dari Tengah"