SELEPAS kira-kira dua bulan menjalani pembedhan membuang batu dalam perut dan kemudian disahkan menghidap kns3r perut tahap empat, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah pergi bertemu penciptaNya kira-kira pukul 7 malam, Jumaat.
Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura.
“Ibu tercinta Cik Lan mningg4l dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.
“Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu tercinta, Mariam Kari”, tulis Roslan.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida pernah menziarahi ibu Roslan di hospital.
Dalam pada itu, Roslan bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila dia tiada di sisi ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak? Lan dalam perjalanan pulang, mak tinggalkan Lan.
“Cik Lan dah on the way dah nak masuk Ayer Keroh,” ujarnya.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instastory pada Jumaat.
Ibunya sebelum ini pernah menjalani pembdahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac, sebelum disahkan menghidap kns3r perut tahap empat pada Oktober lalu.
Sebelum ini doktor turut memberitahu ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.
“Hanya ada 6 bulan hingga setahun untuk hidup” – Selepas buang 12 biji batu, Ibu Roslan Shah disahkan hidap kns3r perut tahap 4
TERDAHULU, SELEPAS menjalani pembdahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah kini disahkan menghidap kns3r perut tahap empat.
Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, doktor memberitahu ibunya iaitu Mariam Kari, 79, hanya mempunyai masa selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.
Roslan berkongsi mengenai keadaan ibunya di Instagram.
“Doktor beritahu ibu tercinta Cik Lan boleh hidup enam bulan hingga setahun kerana ada kns3r perut tahap 4 dan doktor dapat kesan.
“Tetapi bagi Cik Lan Allah yang menentukan ajal maut, yang penting Cik Lan kena kuat dan selalu berdoa untuk ibu tercinta,” katanya.
Roslan berkongsi perkara itu menerusi Instagram pada Rabu. Dia berharap agar pengikut laman sosial mendoakan kesihatan ibunya.
“Doakan untuk ibu tercinta Cik Lan ya… Puan Mariam Kari… Amin. Cik Lan kena kuat, ibu adalah segala-galanya untuk Cik Lan.
Batu yang berjaya dikeluarkan dalam perut ibu Roslan pada Mac lalu.
“Sayang ibuku tercinta… Nak cium ibu tercinta setiap hari dan puas-puas,” tulisnya.
Sebelum ini, Roslan meluahkan rasa lega selamat menjalani pembdahan membuang batu dalam perut di Hospital Changi, Singapura pada Mac lalu.
Kata Roslan, terdapat 12 biji batu dalam perut ibunya yang menyebabkan warga emas itu menderita sakit.
Kredit: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Be the first to comment on "“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak?” Ibu Roslan Shah Meninggai Dunia,Luah Rasa Terkilan Rupa Nya Ini Sebabnya.."