“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak?” Ibu Roslan Shah men1ngg4l dun1a, terk1lan tak sempat jumpa buat kali terakhir

SELEPAS kira-kira dua bulan menjalani pembed4h4n membuang batu dalam pervt dan kemudian disahkan menghidap k4nser pervt tahap empat, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah pergi bertemu penciptaNya kira-kira pukul 7 malam, Jumaat.

Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, ibunya itu menghembuskan nafas ter4kh1r di rumahnya di Tempines Street, Singapura.

“Ibu tercinta Cik Lan meninggal dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu tercinta, Mariam Kari”, tulis Roslan.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida pernah menziarahi ibu Roslan di hospital.

Dalam pada itu, Roslan bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila dia tiada di sisi ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak? Lan dalam perjalanan pulang, mak tinggalkan Lan.

“Cik Lan dah on the way dah nak masuk Ayer Keroh,” ujarnya.

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instastory pada Jumaat.

Ibunya sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac, sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Sebelum ini doktor turut memberitahu ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "“Mak… kenapa tak tunggu Lan mak?” Ibu Roslan Shah men1ngg4l dun1a, terk1lan tak sempat jumpa buat kali terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*