Masih lagi dengan berita mengenai majlis perkahwinan Izara Aishah. Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu bahawa pelakon baru makin hangat, Farah Nabilah merupakan kawan baik kepada Izara sejak dari zaman persekolahan lagi. Farah juga ditugaskan untuk jadi pengapit Izara.
Tapi menerusi satu foto di Instagram, Kilafairy memuat naik satu foto dan bila sekali pandang nampak seperti Farah yang berkahwin. Ramai juga mempersoalkan warna baju Farah serta menegur bahawa baju dikenakan tidak sesuai di majlis perkahwinan. Err.. Tapi kan Farah tu pengapit Izara?
‘Kenapa pakai warna putih?’
Kilafairy telah memuat naik foto bersama pengantin baru dan Farah di Instagram. Tetapi ramai keliru dan mempersoalkan warna pakaian yang dipakai oleh Farah. Ini antara komen orang ramai;
Farah jadi pengapit, kawan lama Izara Aishah
Ramai yang mempertahankan Farah kerana dia jadi pengapit Izara. Mungkin Izara sendiri meminta Farah untuk mengenakan tema warna putih.
Sumber: Instagram Kilafairy
“Mana ada overshadow Izara!” – Farah Nabilah dedah sebab melaram
PELAKON cantik Farah Nabilah menjelaskan dia tidak sesekali berniat untuk melebih-lebih ketika menjadi pengapit pengantin sahabat baiknya, Izara Aishah hujung minggu lalu.
Kata Farah atau nama sebenarnya Farah Nabillah Saipuddin, 25, pakaian yang diperagakan ketika majlis itu mengikut permintaan pengantin sendiri selain Datuk Rizalman Ibrahim sendiri.
“Datuk Rizalman meminta agar saya selaku pengapitnya memakai dres berwarna putih dan saya mendapatkan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk menyiapkan busana untuk majlis itu.
“Mungkin perincian pada dres itu nampak sedikit sarat walaupun saya cuma pengapit pengantin.
“Tambah pula Izara pun meminta saya untuk memakai dres berwarna putih, jadi saya turutkan sahaja permintaan pengantin.
“Bukan saya seorang yang pakai putih, pengapit pengantin lelaki pun pakai warna yang sama untuk kelihatan cantik ketika bergambar.
“Jadi, tiada istilah overshadow pengantin pun sebab saya rasa sangat terharu untuk berada di samping kawan baik saya ketika hari bahagianya,” katanya kepada Astro Gempak.
Farah Nabilah mendapat kecaman netizen di media sosial apabila gambarnya yang dirakamkan bersama pengantin seolah-olah cuba melebih-lebih berbanding pasangan mempelai.
Malah, ada segelintir netizen yang menyifatkan dres yang dipakai Farah tidak kena dengan majlis terbabit
Sumber: AstroAwani
Be the first to comment on "‘Sekarang Siapa Yang Kahwin Ni?’- Tetamu Keliru & Persoal Pakaian Farah Nabilah Dalam Foto Ini"