Kwsp Beri Respond Selepas Tular Pesakit Kans3r Kena Pergi Kwsp Sendiri Semata Nak Keluar Duit Caruman

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pesakit k4nser yang didakwa terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.

Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak.

Ekoran itu, pihak KWSP telah tampil melalui laman Facebook mereka untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru.

KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.

Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut. Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Di sini juga ingin kami menegaskan bahawa pihak KWSP sentiasa mengambil berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Melalui kenyataan itu juga, pihak KWSP menyatakan akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Sumbe Siakap Keli

Be the first to comment on "Kwsp Beri Respond Selepas Tular Pesakit Kans3r Kena Pergi Kwsp Sendiri Semata Nak Keluar Duit Caruman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*