Memang Diramal Calon Juara Gegar Vaganza Musim 2019,Tapi Siapakah Sosok Yang Bergelar Naqiu Sebelum Bergelar Juara GV6? Pendedahan Yang Mengejutkan Ramai Pihak

Selepas 12 tahun ‘menghilang’, bekas penyanyi kumpulan remaja popular Boboy, Naqiu kembali ke pentas glamor yang pernah dilalui pada 2001.

Program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) bakal menjadi medan penentu kemampuan Naqiu, 33, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib dalam bidang ini.

Naqiu mengakui, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk kembali menyanyi secara profesional.

Baginya, kerjaya sebagai penyanyi kelab dan jauh dari dunia glamor sudah cukup selesa buatnya.

“Sepanjang tempoh 12 tahun ini, saya masih menyanyi tapi di kelab malam seluruh negara, acara korporat dan majlis perkahwinan. Malah, tidak ramai yang tahu saya siapa. Mungkin sebab imej pun sudah berubah ketika itu.

“Kalau nak tahu, saya tidak pernah pun terfikir, malah jauh sekali terdetik untuk membuat kemunculan semula. Saya memang ambil keputusan tidak aktif, tetapi syarikat pengurusan artis Mind Order berjaya meyakinkan dan memujuk saya kembali serta terbabit dalam GV6. Walaupun sebelumnya sudah beberapa kali pihak penerbitan memujuk, saya tetap menolak,” katanya.

Naqiu berkata, sejak pengumuman mengenai penyertaannya dalam program itu, hidupnya kini berubah.

Malah, Naqiu yang pernah berlakon dalam Boboy The Movie pada 2001 dalam proses menyesuaikan diri untuk kembali menerjah populariti.

“Kemunculan kali ini memberikan impak yang luar biasa. Selepas sidang media tempoh hari, hidup saya berbeza. Telefon tak berhenti berdering, pengikut di Instagram meningkat dan imej pun berubah.

“Malah, kalau di tempat kerja orang sudah mulai ambil gambar. Sedangkan dulu tak ada walaupun jumpa setiap hari. Tak sangka dalam tempoh kurang sebulan ini, hidup saya betul-betul berubah.

“Namun, saya masih dalam proses sesuaikan diri semula. Terlalu lama saya tidak berada dalam bidang ini. Pastinya banyak yang berubah,” katanya.

Menurut Naqiu, satu lagi sebab kenapa dia terbuka hati untuk kembali adalah sokongan dan dorongan anggota Boboy sendiri.

Ini Biodata Naqiu

Nama penuhnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib. Dikenali sebagai Naqiu. Berusia 33 tahun. Bekas vokalis kumpulan Boboy yang pernah menempa populariti lebih sedekad lalu. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001. Boboy antara lain dianggotai Shah Azrizal Kamarulzaman (Shah / gitar), Mohd Muzaffar Nordian (Muz / gitar kedua), Mohd Addinan Azmi (Didie / bes) dan Aris Fahmi Zulkifli (Acik / dram).

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 2

Mengetengahkan muzik bergenre pop di awal kemunculan. Pernah melakar nama setanding kumpulan remaja popular lain seperti New Boyz dan Spin. Album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 mendapat kutipan dalam anggaran melebihi 30,000 unit.

Diikuti penerbitan album kedua, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 yang beralih kepada konsep muzik pop rock. Bagaimanapun, album ketiga berjudul Masih Mencari pada 2005 mula menerima sambutan hambar.

Ketika zaman populariti Boboy, mereka mendedahkan telah menerima tawaran yang banyak hingga mencecah empat ke lima persembahan dalam sehari. Antara lagu-lagu hits Boboy seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Dalam Benci Ada Rindu, Demi Masa, Bangkitlah dan banyak lagi.

Kumpulan itu turut menceburi bidang lakonan menerusi pembabitan dalam telefilem Boboy The Movie pada 2001. Di penghujung kontrak bersama syarikat rakaman, Naqiu mula menyara kehidupan di kelab malam sebagai penyanyi.

Sepanjang ‘hilang’ daripada radar arus perdana dunia muzik sehingga kini, kerjaya Naqiu di kelab malam berterusan yang mana menuntutnya membawa pelbagai genre lagu mengikut permintaan pelanggan dan tetamu yang hadir.

Mungkin ramai tidak sedar, Naqiu bersama tiga anggota asal Boboy pernah menggunakan nama kumpulan ‘Six Years’ untuk menerbitkan single baharu berjudul Hukum Aku. Begitupun, kemunculan semula mereka tidak disedari peminat kerana single itu tidak diputarkan stesen radio.

Naqiu juga pernah muncul dengan album solo yang menggunakan judul namanya sendiri. Hampir sepuluh tahun mendirikan tangga dengan isterinya, Hani, beliau kini sudahpun mempunyai empat orang cahaya mata.

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 3

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 6

Ada suara di antara mereka yang tidak lagi didengari di corong radio mahupun kaca televisyen. Ada yang merindui zaman kegemilangan mereka di era 90an. Jadi kami bawakan khas vokalis setiap kumpulan untuk anda semua mengimbau kembali lagu-lagu mereka yang satu masa dulu sangat top di kalangan remaja. Jom layan Tomok (Newboyz), Naqiu (Boboy), Lan Solo (Kristal), Fairuz (Qface/Antz) & dibantu Adib (Dramaband) selaku gitaris di #throwback kali ini !

 

Be the first to comment on "Memang Diramal Calon Juara Gegar Vaganza Musim 2019,Tapi Siapakah Sosok Yang Bergelar Naqiu Sebelum Bergelar Juara GV6? Pendedahan Yang Mengejutkan Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*