“First Day Je Dia Nampak Baby, Dia Nak Cakar,” – ‘Cemburui’ Adik Bongsu, DS Shahida Cerita Reaksi Yusoff Al Qardawi

Kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak kelimanya, 19 Disember lalu, usahawan Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi sikap anak keempat, Yusoff Al Qardawi yang seakan-akan ‘cemburu’ dengan adik bongsu.

Bagaimanapun jelasnya lagi menerusi Instagram, anak lelakinya itu kini kian memahami dengan kehadiran orang baru di sisi, Raudhah Arshiyah.

“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah! First day je dia nampak baby dia nak keracak (cakar).

“Sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham, tapi jgn pgg baby lama2 sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan,” tulisnya.

Lalu, entri berkenaan turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen dan ada turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata seelum ini iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.

View this post on Instagram

Kadang kala kehidupan ini lebih indah bila kita bersama dengan keluarga anak-anak ibu dan ayah .. bagi abg … tak ada benda yang lain lebih bernilai Selain mereka .. . . sebab tu kalau boleh abang nak ada banyak anak ..kalau boleh nak sampai 10 orang …tapi nak buat macam mana kan bila tengokwife abg nak beranak dan mengandung ..abang pula yang tak sanggup dan ngeri… cuba korang kongsikan pengalaman korang melahirkan anak macam mana?? di ruangan komen di bawah 👇🏻👇🏻dan jangan lupa dengarkan lagu terbaru #harumansyurga Yang sesuai didengari untuk si kecil anda ..mungkin waktu nak tidur❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment on "“First Day Je Dia Nampak Baby, Dia Nak Cakar,” – ‘Cemburui’ Adik Bongsu, DS Shahida Cerita Reaksi Yusoff Al Qardawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*