Anak Tempatan Ini Dan Juga Bekas jurulatih pemain No 1 Dunia masakini Kento Momota 😢 mningg4l dunia

HANYA tinggal lapan hari saja lagi jurulatih badminton negara, Izuan Ibrahim akan memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun semuanya sudah ditentukan Allah SWT apabila Allahyarh4m menghembuskan nafas terakhir jam 7.20 malam ini.

Izuan yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 19 Disember lalu diberi bantuan pernafasan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikesan mengalami pendarahan otak susulan muntah-muntah akibat migrain seterusnya tidak sedarkan diri.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), A’amar Hashim, Malaysia kehilangan jurulatih yang sangat komited dengan kerjayanya.

“Izuan Ibrahim adalah seorang jurulatih badminton terbaik yang saya kenal, hasrat beliau untuk bersama skuad remaja negara tidak kesampaian namun jasa dan bakti beliau terhadap sukan badminton akan dikenang sampai bila-bila,”

PERNAH MEMBIMBING KENTO MOMOTA 

Allahyarh4m mula menjadi tular selepas Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah membimbing Kento Momota ketika masih remaja.

Kejayaan Jepun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Allahyarh4m apabila pernah berkelana di negara Matahari Terbit itu dengan melatih skuad remaja kebangsaan dan Ehime.

Bekas ketua jurulatih Perlis itu sepatutnya memulakan tugas 1 Januari 2020 sebagai jurulatih kumpulan pembangunan dan akan memantau perkembangan pemain tingkatan 1.

KISAHNYA PERNAH DISIARKAN DI MAJALAH 3

Allahyarh4m mningg4lkan seorang balu iaitu isterinya, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga orang anak. Atas rasa keprihatinan, PBPs mewakili pihak keluarga dengan rendah diri ingin memohon semua sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya sepanjang urusan di HUSM.

Segala bantuan dan sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun bank isteri Allahyarh4m, akaun Maybank 116015011016(Siti Marsyhtah Muhammad).

Jenazah akan dikebumikan 12 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Siapa Sebenarnya IZUAN IBRAHIM…Tiba-tiba kita dikejutkan dengan nama IZUAN IBRAHIM. Siapa sebenarnya Izuan Ibrahim ini. Aku sebenarnya pun tidak mengenai beliau kerana tak pernah pun disebut-sebut sebelum ini tetapi selepas kemenangan Jepun dalam Piala Thomas, tiba-tiba namanya meniti dikalangan mereka yang meminati badminton di seluruh Malaysia dan juga mungkin diseluruh Jepun.

Kenapa Jepun? Kerana di Jepunlah Izwan atau nama panggilan beliau Abe We mencipta nama sebagai jurulatih junior pemain-pemain Jepun. KENTO MOMOTA adalah anak didik beliau yang berjaya. Hebat dan pasti bakal menenggelamkan nama-nama seperti Lee Chong Wei, Lin Dan, Chen Long mahupun Tago.

 IZUAN IBRAHIM MERUPAKAN BEKAS JURULATIH NUSA MAHSURI DAN KINI BERKHIDMAT SEBAGAI JURULATIH PERSATUAN BADMINTON EHIME. JUGA MENJAWAT JAWATAN JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN REMAJA JEPUN.

MULA BERMINAT BADMINTON KETIKA BERUMUR 11 TAHUN. KETIKA BERUMUR 14 TAHUN DI SEKOLAH MENENGAH, IZUAN MULA MELEBARKAN SAYAPNYA SEBAGAI PEMAIN BADMINTON DENGAN MENYERTAI PASUKAN NEGERI KELANTAN (ORANG KELANTAN RUPANYA). SETELAH TAMAT PENGAJIAN, IZUAN BERKHIDMAT SEBAGAI GURU DI SELANGOR DAN DALAM MASA YANG SAMA, MENYERTAI KELAB NUSA MAHSURI SEBAGAI PEMAIN. 

PERNAH MENYERTAI JAPAN OPEN 2001(JUARA) DAN ROSLIN HASYIM SERTA HAFIZ HASYIM ANTARA RAKAN SEPERMAINAN DI NUSA MAHSURI. PERNAH MENDAPAT KHIDMAT MISBUN SIDEK DAN KEMUDIAN MENJADI JURULATIH DI NUSA MAHSURI.

IZUAN PERNAH MENJADI JURULATIH UNTUK PASUKAN BAWAH 16 TAHUN SELANGOR, BAWAH 19TAHUN PASUKAN KEBANGSAAN. MALAH PERNAH MENJADI JURULATIH KEPADA RAMDAN MISBUN HINGGA MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN PADA TAHUN 2009 DI KEJOHANAN DUNIA REMAJA. DISAMPING ITU TURUT BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENYERTAAN PASUKAN REMAJA DI TERBUKA MALAYSIA, TERBUKAN SURABAYA, TAIWAN DAN JUGA TERBUKA THAILAND.

PADA 17 FEBRUARY 2011 IZWAN IBRAHIM DAN SALIM SAMION TELAH DITAWARKAN UNTUK BERKELANA DI JEPUN SEBAGAI JURULATIH  DAN PERSATUAN BADMINTON EHIME MENJADI TEMPAT YANG DITUJU.

Suka aku petik tulisan Izwan Ibrahim dalam blognya,

KINI..disinilah aku..Berdiri bukan untuk megah..Tapi berdiri untuk meneruskan minat yang permulaannya bermula dengan 1 titik kebencian..Inilah mata pencarian halal ku..Apa yang pasti aku masih mengingati JANJI aku terhadap jurulatih ku..”Coach.Tak lama lagi Wan akan jadi cikgu..Wan janji akan melatih anak murid Wan agar menjadi pemain negara 1 hari nanti seperti mana Coach mengajar kami”..Sms pada tahun 2005,semasa aku dalam bus untuk menjalani latihan di balas dengan panggilan telefon oleh insan bergelar ” Coach ” dengan pesanan ‘selamat maju jaya’..Cukup untuk buat aku sebak dan cukup untuk aku teruskan karier ini.. Coach..Terima Kasih atas peluang serta ruang ini..Wan akan belajar sebaik mungkin dengan Hamanaka sepanjang berada di sini insyaAllah..

Kredit: Harian Metro / stylosport

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Anak Tempatan Ini Dan Juga Bekas jurulatih pemain No 1 Dunia masakini Kento Momota 😢 mningg4l dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*