Mufti Wilayah Ditunjukkan Video Viral Makcik Pemandu Bas Dimaki Penumpang. Ini Komen Mufti

“SAYA minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja betul,” itu rayu pemandu bas GO KL selepas berlaku insiden yang menyebabkan ketidakpuasan hati seorang penumpang wanita terhadapnya.

Aksi pemandu bas wanita itu sempat dirakam penumpang lain dan kisah berkenaan mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi lima minit empat saat itu tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman video berkenaan, penumpang wanita terbabit dilihat mengeluarkan kata kesat kepada pemandu bas dipercayai kerana memberhentikan brek dengan mengejut.

Dakwa wanita berkenaan, anaknya terjatuh dan hampir dihempap penumpang lain berikutan tindakan pemandu bas itu.

Meskipun berterusan dimarahi, pemandu bas berkenaan bersikap tenang kerana enggan keadaan menjadi bertambah tegang.

Kekecohan itu berakhir selepas pemandu berkenaan memenuhi permintaan penumpang untuk memohon maaf kepadanya.

Pemandu bas berkenaan turut memberi alasan terpaksa memberhentikan bas mengejut bagi mengelak melanggar sebuah kereta yang berada pada jarak dekat.

“Hello miss (Cik), saya minta maaf, ampun, sorry (maaf). Saya tak sengaja (brek), sebab ada kereta tadi.

“Kereta dari belakang (mencelah) sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency (kecemasan).

“Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, warganet memuji pemandu wanita berkenaan kerana bersikap tenang serta tidak melayan provokasi penumpang yang menghamburkan kata kesat kepadanya.

Seorang daripada warganet, Nijey Ibrahim berharap pemandu bas berkenaan terus dimurahkan rezeki.

“Terbaik driver (pemandu). Awak contoh muslimah yang baik.

“Walaupun dimarahi, tetap tenang dan sabar. Semoga murah rezeki akak (kakak),” tulisnya di laman sosial video yang ditularkan itu.

Manakala, Aliff Nor Kasanya, menerusi komennya berharap syarikat pengurusan bas memberi anugerah kepada pemandu berkenaan atas kesabarannya ketika berdepan dengan situasi tegang itu.

Katanya sebab driver bas brek mengejut anak dia terjatuh .Nak marah sekalipun jaga la bahasa,adap tu penting ,Driver tu pun dah pangkat mak kita ..video : obysaputra

Posted by Samad dan Said on Saturday, December 21, 2019

“Please (tolong)… bagi anugerah pemandu cemerlang untuk akak (kakak) ni,” tulisnya.

Sementara itu, Zura Yaz mencadangkan penumpang wanita berkenaan menaiki teksi untuk lebih selesa.

“Peganglah anak awak. Itu tanggungjawab awak sebagai ibu. Naik kenderaan awam mesti tahu beza dengan naik kereta sendiri.

“Kalau dah rasa tak selamat, turun je (saja) lah. Call (hubungi) teksi. Lebih privasi,” tulisnya.

“KEPADA makcik pemandu bas, semoga tabah. Saya doakan rezeki makcik bertambah dan diberkati Allah S.W.T,” kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zukifli menerusi ciapan di Twitter hari ini berkongsi pandangannya mengenai video tular mengenai perbalahan antara penumpang dan pemandu bas wanita Go KL di Kuala Lumpur, semalam.

“Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis pada pagi yang mulia ini, saya ditunjukkan video perbalahan antara penumpang dan pemandu bas wanita berkenaan.

“Melihat kepada bahasa yang kasar, intonasi suara yang tinggi, ia satu sikap yang kurang manis dan tidak baik. Apatah lagi dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Mungkin pemandu bas itu brek secara mengejut kerana ada alasan yang kuat,” katanya.

Katanya, beliau merasakan alangkah baiknya seseorang itu lebih banyak bersabar dan menjaga adab.

Dr Zulkifli berkata, beliau tidak mahu berpihak kepada sesiapa sebaliknya sikap bertenang dan memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang jauh lebih mulia serta lebih beradab.

“Marilah kita menginsafi diri dengan menyahut firman Allah SWT yang mafhumnya; ‘dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik. (Surah al-Nisa’ : 5)’.

“Semoga kita mengambil keinsafan atas perkara yang berlaku serta mempunyai budi pekerti yang tinggi,” katanya.

Be the first to comment on "Mufti Wilayah Ditunjukkan Video Viral Makcik Pemandu Bas Dimaki Penumpang. Ini Komen Mufti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*