Penaja Utama GV6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen!! Contoh untuk para penaja Lain,Memang sempoi…Terbaik Boss Susu👏

Bahang program rancangan nyanyian Gegar Vaganza 6 nampaknya masih dirasai hingga ke hari ini. Kemenangan juaranya yang mencetuskan kontroversi turut sudah dijawab oleh barisan juri profesional.

Pujian melangit buat Boss Susu

Selain daripada perjalanan rancangan tersebut, wakil penaja untuk Gegar Vaganza musim ke-6 ini turut menjadi perhatian. Jika pada musim-musim yang lepas, Gegar Vaganza kerap kecoh apabila tindakan luar jangka penaja-penaja sebelum yang dilihat berebut-rebut mic dengan pengacara.

Tak gila mic & jadi contoh untuk para penaja lain

Namun, berbeza dengan tahun ini apabila penaja utama rancangan tersebut, Farm Fresh dilihat sangat bertenang dan slot promosinya juga sangat ringkas dan padat.

En Azmi Zainal yang merupakan Pengarah Operasi Farm Fresh telah dipuji kerana sikap profesionalnya dalam mempromosikan produk-produk susu di siaran langsung Gegar Vaganza 6.

Suka segmen kongsi rezeki

Menerusi Twitter Naim Mustafa, dia telah menyifatkan Encik Azmi sebagai seorang yang tak gila mic dan bebas daripada sebarang kontroversi berbeza dengan penaja sebelum ini.

Sikap itu amat disenangi semua kerana membuatkan prgoram berjalan dengan tenang. Slot Kongsi Rezeki turut menarik perhatian ramai kerana menghulurkan sumbangan kepada artis veteran dalam pada sama mempromosikan produk susunya.

Sehubungan dengan itu, menerusi posting Mustafa Naim itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen positif diatas sikap penaja baru GV6 itu kerana tampil profesional dalam program tontonan umum itu.

Mereka juga mendoakan agar perniagaan susu Farm Fresh terus berjaya kerana produk tersebut juga merupakan produk bumiputra yang berkualiti.

Record awal2 supaya nampakbehave

Susu Farm fresh pun memang sedap

Farm Fresh faham sempadan penaja & rancangan

Suka penaja yang sempoi macam ni

Sumber:OMM

Be the first to comment on "Penaja Utama GV6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen!! Contoh untuk para penaja Lain,Memang sempoi…Terbaik Boss Susu👏"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*