Pelakon Ardell Aryana yang disahkan hamil baru-baru ini mendedahkan bahawa usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya.
Menerusi entri berkenaan, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.
Pendedahan Ardell itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya.
Rata-rata mereka gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk melihat Ardell bergelar seorang ibu.
“Ya Allah, empat bulan dah?! Takde alahan sayangku, jangan layan sangat jangan fikir sangat tau pasal alahan-alahan ini. Insya-Allah okay je.
“Tak sabarnya nak tengok baby macam tak percaya kita duk shoot Anakku Diva dulu sekali sekarang awak dah mengandung,” komen pelakon Ramona Zamzam.
Terdahulu, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.
Assalamualaikum semua #Alhamdulillah active sihat. 1 hari lagi 4 bulan usia nya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil, yang awak rasa terseksa sikit ?. Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi maaf kan umi tak sedar kehadiran awak , tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah. Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampi kan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujian nya . Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : GEMPAK
PERHATIAN: Pihak BSM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BSM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak”- Ardell Aryana Tak Sangka Usia Kandungan Sudah 4 Bulan"