[VIDEO] Sangat Ajaib Dan Jarang Berlaku,Telur Ayam Boleh Ditegakan Ketika Berlaku Fenomena Gerhana Matahari ‘Cincin’ Buat Orang Ramai Teruja Melihatnya

“Orang ramai berasa teruja melihat telur ayam boleh ditegakkan ketika berlaku Fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin), di Kuala Terengganu.

Tarikan graviti pada telur dipermukaan yang rata itu berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi.

Difahamkan perkara itu berlaku apabila putih telur tertarik di bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan kepada telur.

Garis medan gravitasi antara matahari dan bumi turut mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan telur yang diletak dalam keadaan menegak stabil.

Fenomena Gerhana Matahari Anulus dan separa Malaysia di Terengganu berlaku jam 11.21 pagi tadi.

Jabatan ukur Terengganu hari ini turut membuat cerapan fenomena itu di perkarangan Wisma Persekutuan.

Orang ramai turut hadir menyaksikan fenomena itu.”

View this post on Instagram

Orang ramai berasa teruja melihat telur ayam boleh ditegakkan ketika berlaku Fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin), di Kuala Terengganu. Tarikan graviti pada telur dipermukaan yang rata itu berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi. Difahamkan perkara itu berlaku apabila putih telur tertarik di bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan kepada telur. Garis medan gravitasi antara matahari dan bumi turut mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan telur yang diletak dalam keadaan menegak stabil. Fenomena Gerhana Matahari Anulus dan separa Malaysia di Terengganu berlaku jam 11.21 pagi tadi. Jabatan ukur Terengganu hari ini turut membuat cerapan fenomena itu di perkarangan Wisma Persekutuan. Orang ramai turut hadir menyaksikan fenomena itu.

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3) on

 

Sumber: Ig Buletintv3

Fenomena telur berdiri ketika gerhana matahari jadi tarikan

KUALA LUMPUR: : Orang ramai berasa teruja melihat telur ayam ‘boleh berdiri’ ketika berlaku fenomena gerhana matahari separa pagi tadi.

Perkara ini disaksikan pengunjung Planetarium Negara yang mengadakan demonstrasi itu.

Suri rumah Jenny Ong, 43, berkata beliau merasa teruja kerana sebelum ini hanya mengetahui telur ‘berdiri tegak’ ketika sambutan Hari Lap Choon/Li Chun (Hari Telur Berdiri) dalam kalendar masyarakat Cina.

“Berdasarkan pemahaman saya, beberapa hari sebelum atau selepas sambutan Tahun Baharu Cina, kami akan menegakkan telur ayam di atas lantai semasa Hari Lap Choon yang dikatakan kedudukan bulan ketika itu berada dekat dengan bumi.

“Namun setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh pegawai Planetarium Negara, baru saya tahu bahawa kejadian gerhana juga boleh menyebabkan graviti yang dapat menegakkan telur ayam di atas permukaan rata,” katanya kepada Bernama.

Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini.

Sementara itu Pembantu Pegawai Sains Planetarium Negara, Siti Aminah Arbain berkata telur berdiri berlaku ekoran kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.

“Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.

“Saintis berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak,” katanya.

Lebih 1,000 warga kota membanjiri perkarangan Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari itu menerusi kaca mata khas dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi.

Ia turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata penganjuran program tersebut dapat memberi pendedahan dan menanam minat masyarakat terhadap ilmu astronami.

“Fenomena ini hanya berlaku empat tahun sekali dan sekiranya terlepas peluang kali ini, orang ramai perlu menunggu sehingga 26 Dis 2019 bagi menyaksikannya semula,” katanya.

Fenomena berada di kemuncak pada pukul 8.24 pagi apabila bulan mula menutupi matahari secara perlahan selama kira-kira dua jam dan berakhir sepenuhnya apabila bayangan bulan mula hilang secara perlahan.

sumber: Astro Awani

 

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Sangat Ajaib Dan Jarang Berlaku,Telur Ayam Boleh Ditegakan Ketika Berlaku Fenomena Gerhana Matahari ‘Cincin’ Buat Orang Ramai Teruja Melihatnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*