Mawar Rashid takut kena bed4h buang cyst – “Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ov4ri sekali”

PELAKON Mawar Rashid berkongsi kisah sedih apabila dia disahkan mengidap sista pada ov4ri kirinya (ov4rian cyst) selepas melahirkan anak pertama pada Mac lalu.

Menurut Mawar, 24, hasil pemeriksaan terkini mendapati saiz cyst kini sudah membesar sehingga mencecah 4.5 sentimeter.

“Saya dapat tahu ada cyst pada ov4ri kiri selepas melahirkan anak pada Mac lalu. Ketika itu, saiznya hanya berukuran lebih dua sentimeter sahaja.

Mawar bertanya pendapat netizen yang mengalami pengalaman yang sama sepertinya.

“Doktor kata normal bagi wanita baru lepas beranak ada cyst dan ia akan hilang sendiri tapi kena sentiasa pantau sebab takut semakin aktif.

“Jadi, setiap bulan saya buat pemeriksaan dan sekarang, saiznya sudah mencecah 4.5 sentimeter,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Mawar meminta nasihat daripada netizen yang mempunyai pengalaman berhadapan masalah yang sama dengannya di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia dinasihati untuk menjalani pembed4han membuang cyst berkenaan jika sudah melebihi lima sentimeter.

Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ov4ri dan itu yang paling saya takut.

MAWAR RASHID

PELAKON

Doktor yang merawatnya turut memberitahu ada kemungkinan besar ovari Mawar perlu dibuang jika sista itu dibiarkan dan menjadi semakin besar.

“Doktor ada suggest, kalau dah lebih lima sentimeter kena buat pembed4han membuangnya tapi kalau tidak, cyst akan membesar dan melekat pada ov4ri.

“Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ov4ri dan itu yang paling saya takut. Kalau boleh saya memang tak nak lakukan pembed4han.

Mawar bersama suami dan anaknya.

“Sebab itu, saya ada bertanya pendapat di IG dan ramai yang beri cadangan untuk permulaan ini saya kena jaga pemakanan.

“Buat masa kini, saya nak cuba cara lain, mungkin berubat secara tradisional. Kalau lagi dua bulan tak okey, saya akan teruskan pembed4han itu,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

View this post on Instagram

Yayyyyy! Dapat berlakon together again 😍 Kalau nak tahu watak apa, kene la tengok nanti! Minggu depan drama kitorang akan on air chu alls!!!! #TQCaptain #MEGADRAMA @bambam_studios @astrogempak @mawarians_official @ariezaharieproduction

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

Be the first to comment on "Mawar Rashid takut kena bed4h buang cyst – “Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ov4ri sekali”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*