Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Rahmat Ikhsan mendedahkan pengalamannya tersalah masuk tandas perempuan ketika melawat bapanya di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.
Menurut PU Rahmat dia bernasib baik kerana wanita yang berada di tandas tersebut tenang serta tidak menjerit ketika melihatnya memasuki tandas tersebut.
“Tersalah masuk tandas perempuan di IJN. Lepas tu ada seorang perempuan muda dalam tandas tapi dia tak menjerit pun.
“Aku pun cakaplah ‘maaf’, dia respon ‘it’s okay’.
“Lepas tu, aku jumpa dia lagi di Lobi, aku tegur dan ucap terima kasih kerana tidak menjerit tadi.
“Dia cakap, muka baik macam saya ni mesti tak ada niat buruk.
“Hmm mungkin inikah cinta?” tulisnya.
PU Rahmat berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan cerita dan pengalaman pendakwah tersebut.
Rahmat merupakan pemenang keempat PU musim pertama pada tahun 2014.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Aku Ucap Terima Kasih Kerana Tak Menjerit Tadi…”- Tersalah Masuk Tandas Perempuan, PU Rahmat Dedah Apa Yang Berlaku"