Pengerusi Masjid di Penang Akhirnya Bersuara Jelaskan Punca Sebenar Jam 9.30 Pagi Baru Buka Masjid

Beberapa hari lalu tular notis penutupan masjid itu yang bermula 31 Disember ini dan hanya dibuka bermula 9.30 pagi dan akan ditutup pada 9.30 malam setiap hari.

Berita tersebut telah menimbulkan perdebatan dikalangan warganet yang mengatakan sekiranya masjid dibuka 9.30 pagi bermakna tiada lagi azan Subuh dilaungkan.

Menjawab persoalan itu Pengerusi Masjid Jalan York, Georgetown, Datuk Dr Basheer Ahamed Abdul Kareem menjelaskan isu notis penutupan itu yang dikeluarkan pada 24 Disember lalu atas sebab-sebab tertentu.

” Kami sudah buat pemerhatian bahawa yang datang solat Subuh di sini hanya dua orang,” kata Basheer.

Menurut Basheer lagi, masjid berkenaan turut menghadapi banyak masalah vandalisme seperti kecurian, kehilangan kamera litar tertutup (CCTV), pintu dipecahkan dan lain-lain lagi.

Katanya, polis juga pernah menyarankan supaya masjid berkenaan ditutup pada waktu malam sekiranya kejadian itu terus berlaku.

” Masjid ini kecil dan dikelilingi masjid besar kira-kira 200 meter termasuk masjid jamek kira-kira 150 meter berhampirannya,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Warganet berpendapat bahawa sepatutnya masjid terbabit perlu diimarahkan, bukan perlu dihadkan waktu operasi sehingga tiada azan Subuh dikumandangkan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, semua masjid perlu dibuka sekurang-kurangnya bagi solat fardu lima waktu, mengikut asas fungsi masjid.

Beliau berkata, ia termaktub dalam Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997- Kaedah 35.

” Masjid hendaklah digunakan sebagai tempat beribadat orang Islam termasuk solat fardu dan solat Jumaat, pusat kegiatan agama Islam atau pembangunan ummah,” katanya.

Katanya, ia juga turut berfungsi sebagai pusat sumber maklumat penduduk bagi mendapatkan maklumat mengenai MAINPP dan sebagainya.

” Sebagai pihak atau wakil MAINPP, saya nasihatkan dan ingatkan kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kariah mengenai bidang kuasa sebagai pentadbir masjid, tanah wakaf masjid dan perkuburan masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 dan 8.

” Pengerusi dan ahli jawatankuasa tidak mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil MAIPP sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, MAINPP atau setiausahanya boleh memberi arahan secara bertulis yang mengkehendaki pegawai masjid atau ahli jawatankuasa kariah melaksanakan fungsinya mengikut cara yang ditentukan dan mereka perlu mematuhi arahan.

” Setiausaha MAINPP menerusi Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasat sebelum mengeluarkan arahan lanjut.

” Sehubungan itu, saya anggap notis itu tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Pengerusi Masjid di Penang Akhirnya Bersuara Jelaskan Punca Sebenar Jam 9.30 Pagi Baru Buka Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*