“Vampire Ke Ni Muka Tak Tua-Tua” – Amy Mastura Throwback Gambar Kahwin 19 Tahun Lepas, Buat Peminat Kagum

Penyanyi Amy Mastura meraikan ulangtahun perkahwinannya ke-19 dengan suami, Alvin Tham Suffian kelmarin.

“Nak bersyukur. Itu jer,” ringkas ucapan Amy namun penyanyi lagu Sha Na Na itu berjaya mencuri tumpuan ramai terutama peminat setianya.

Mana tidaknya, Amy turut memuat naik sekeping foto throwback ketika majlis perkahwinannya yang hampir memasuki usia dua dekad itu.

Dalam foto terbabit, Amy dan suami mengenakan sepersalinan baju putih serba ringkas dan turut disertakan sekeping foto terkini mereka.

Menariknya juga, selain mendoakan jodoh berpanjangan, peminat turut memuji kecantikan wajah Amy yang tidak dimamah usia.

Hinggakan ada yang bertanya rahsia kekal awet muda.

“Seri pengantin tak hilang-hilang,” puji @nurshamiraaina.

“Happy anniversary.  Makan apa seh muka tak tua-tua,” soal @penbiru.

“Amy Mastura stuck kat umur 20 tahun ke macam mana?” tulis @adawiyahadnan.

“You dont age, even a day! Are you a vampire?” tambah @anisahudi berseloroh.

Amy dan Alvin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata Adriana, 18, dan Adalia, 15.

“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.

Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.

Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

Be the first to comment on "“Vampire Ke Ni Muka Tak Tua-Tua” – Amy Mastura Throwback Gambar Kahwin 19 Tahun Lepas, Buat Peminat Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*