“Mak Punya Susu, Bapak Yang Dapat Nama” – Rita Rudaini Muatnaik Gambar Anak Tarik Perhatian Netizen

Ramai sedia maklum pelakon cantik Rita Rudaini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan. Anak-anak mereka bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Namun begitu jodoh mereka tidak panjang dan berakhir dengan pencer4ian. Aidil kemudiannya berkahwin lain. Manakala sehinggakini Rita masih lagi belum berjumpa pengganti Aidil dan dia membesarkan kedua-dua anaknya sendiri.

Walaupun sebelum ini pelbagai kisah duka rumahtangga Rita menjadi viral di media sosial, namun semuanya tidak mematahkan semangat Rita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

Menerusi akaun instagram, Rita juga selalu berkongsi gambar dan video anak-anaknya. Rita turut memuatnaik aktiviti anaknya yang juga minat bermain bola sepak.

Terbaru, Rita memuatnaik gambar anaknya, Arjuna di pintu gol. ‘Caption’ yang ditulis oleh Rita mendapat perhatian netizen.

Semua sedia maklum, Aidil merupakan antara salah seorang pemain bola sepak yang handal dan hebat di Malaysia. Bakat dan minat Aidil menurun kepada anak-anaknya.

Netizen beranggapan mungkin Rita memaksudkan bahwa Rita yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya, tetapi bila anaknya bermain bola, nama ayahnya pula yang dikaitkan.

Kapsyen IG : 

Mak punya susu,bapak yg dpt nama …… pepatah melayu baru ????

VIDEO : 

Rata-rata peminat kagum dengan kesabaran dan ketabahan Rita membesarkan anak-anaknya. Antara komen-komen peminat :

Tahniah sis…Teruskan apa yang ada sekarang…

Semoga kebahagiaan kekal milik sis dan 2 hero pujangga…

Abaikan saja kak mulut makcik-makcik bawang…

Apapun, BS harap semoga Rita Rudaini tabah dengan semua ujian yang dihadapinya. Setiap manusia diuji Allah, itu tandanya Allah sayang. Setiap orang ujiannya tidak sama, berbeza-beza. Yang penting cara kita berhadapan dan mengatasinya.

Tak pernah sisturr bagi mereka tak ingat – Rita Rudaini

KUALA LUMPUR 4 Dis. Walaupun ada yang mendakwa pelakon jelita, Rita Rudaini seakan tidak ‘move on’ dengan bekas suami iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan namun ramai netizen setuju dengan cara Rita mengingatkan anak-anaknya tentang kewujudan bapa mereka.

Jika dilihat di laman Instagramnya, kebelakangan ini Rita rajin berkongsi tentang aktiviti anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna yang nampaknya mewarisi bakat bapa mereka dalam arena bola sepak.

MHE TV melaporkan, sempena cuti sekolah, Rita selalu membawa anak-anaknya turun padang bermain bola sepak bersama RR Cougars FC.

Membalas satu komen pengguna akaun dengan nama @sephianana, Rita menegaskan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan kedua-dua anaknya tentang bapa mereka.

“Tak pernah sisturr bagi mereka tak ingat…dah besar faham sikit ni, sisturr keluarkanlah segala khazanah daddy dia tinggal…video pergi holiday pun sisturr baru tunjuk semalam,” jawab Rita.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah apabila Rita turut berkongsi khazanah yang ditinggalkan Aidil Zafuan termasuk jersey milik Aidil yang kemudiannya dihadiahkan kepada Rayyan.

“Bangga mommy ada anak-anak yang tidak meminta-minta. Yang selalu bersederhana, yang selalu menghorm4ti perasaan mommy. Yang lembut hati.

“Tak kisahlah jersey baru ke jersey lama ke, tapi itu satu-satunya jersey yang daddy tinggal dan satu-satunya sentimental value dan kenangan untuk korang tau…yang dia adalah daddy korang…gud luck,” luah Rita.

Baguslah macam tu. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandung mereka, tetapi sebagai ibu, Rita tidak pernah lupa mengingatkan anak-anaknya tentang bapa

Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Salute dengan cara Rita yang semakin cool dan matang berdepan dengan kutukan netizen.

View this post on Instagram

Ramai DM sisturr mintak sisturr buat #10yearchallenge ….Alahaiii 🙈 sisturr segan sbnarnyaa…..Nah! Ni #10yearchallenge sisturr…nk buat lagu mana,dah tahun 2009 tu pic sisturr masih ada suami…xdak plak pic sisturr single 🙊 …nk tutup or crop xsampai hati sbb masih hidup….xpa lah,xsalah pon,kenangan 2009 xle di ubah n xbole di padam..kannn 😉…jd kan sbgai satu perjalanan hidup yg penuh pengajaran dan kenangan…Amacam #10yearchallenge sisturr? 😝 byk perubahan x? Sama je kan..dulu bertiga skrg pon bertiga jugak 😂 …ni baru btui PICTURE #10yearchallenge tau 😘 …sisturr xde nak letak pic tipu punyaaa looohh 😝 ……THE END….

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Berita steady

Be the first to comment on "“Mak Punya Susu, Bapak Yang Dapat Nama” – Rita Rudaini Muatnaik Gambar Anak Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*