Selepas 13 Hari Overdue, Yatt Hamzah Selamat Lah1rkan Cahaya Mata Ke-4!

Penantian pelakon Yatt Hamzah berakhir selepas cahaya mata keempatnya selamat dilahirkan pada 30 Disember lalu.

Yatt yang sudah melepasi tarikh jangkaan melahirkan anaknya 13 hari lalu bersyukur kerana dia selamat melahirkan bayi perempuan secara normal seberat 3.3 kilogram (kg) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

 “Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pada 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam..

 “Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur .

 “Terima kasih atas doa-doa yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..” tulisnya.

 Yatt berkongsi berita gembira tu di akaun Instagram miliknya.

 Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama bayi di hospital.

 Yatt juga berterima kasih kepada suaminya yang banyak membantu serta menemaninya sepanjang proses tersebut.

 “Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur,” katanya.

 

 

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1.

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

 

 

 

sumber: astro gempak / diari.vvip.blog

 

 

Be the first to comment on "Selepas 13 Hari Overdue, Yatt Hamzah Selamat Lah1rkan Cahaya Mata Ke-4!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*