“Tiada secalit makeup. Tapi wajahnya berseri, senyuman indah..”

 

Tanpa sebarang solekan pada wajahnya, penceramah bebas ustazah Asma Harun mengund@ng perhatian segelintir wanita yang kagum dengan kecantikan semulajadi yang dimilikinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita Amina Jasmine memuat naik sebuah posting memuji sikap dan penampilan penceramah tersebut yang menjaga kehormatan diri.

Bila tengok wajah ustazah Asma Harun, tiada secalit solekan diwajahnya. Tapi wajahnya berseri, senyumannya indah.

Lihat pakaiannya, pakaiannya melindungi dia daripada mata2 lelaki yang suka melihat bentuk tub0h wanita.

Dan akhirnya wanita dan lelaki tersebut bakal ahli neraka kerana masing2 tidak menjaga aurat dan pandangan.

Teringat kata-katanya. Biarlah manusia tidak memandang kita, asalkan Allah pandang kecantikan akhlak kita & syurga itu lebih indah dari pujian dan perhatian di dunia ni.

Saya sedang buang satu2 baju yang saya rasa2 tak cukup longgar. Seluar2 yang tampak bentuk kaki, tudung2 yang singkat.

Saya bukan remaja. Saya hampir 40an dan banyak khilaf2 saya yang dulu dlm menyelusuri hidup ni. Tak terbilang, maka saya ingin cari redha Allah. Bukan hanya dengan kata2, tapi dengan amal dan melaksanakannya.

Saya nak ajak sahabat perempuan saya semua, jom kita tutup aurat kita. Pakai tudung sahaja tapi pakaian kita masih ketat here and there. Lelaki bukan mahram lihat bentuk badan kita dan mereka terbayangkan lain. Nauzubillah.

Belajar la tutup aurat dengan sempurna. Kecantikan seorang isteri adalah bila dia menjaga kehormatan dirinya hanya untuk suaminya sahaja, bukan untuk lelaki lain.

Wallahualam. Nukilan dari hati saya yang paling dalam buat sahabat2 semua. Semoga kalian kuat untuk berubah demi redha Allah.

Sumber : Amina Jasmine

Via OMM / dedah.site

 

Be the first to comment on "“Tiada secalit makeup. Tapi wajahnya berseri, senyuman indah..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*