” Cerita semalam. Bersama dengan wanita idola saya. Berjurai air mata Zizan bila dengar Lofa nak berhenti dari Melet0p tak tahu kenapa tapi rasa sangat sedih. Coz setiap Selasa dia and Nabil lah penceria Malaysia,”
Itu status yang dimuatnaik oleh pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak di Instagram beliau. Perkongsian itu ditulis selepas beliau tampil sebagai tetamu undangan rancangan bual bicara Melet0p.
Zizan juga menulis sebagai memberi penghargaan kepada pengacaranya iaitu Neelofa yang bakal mengundurkan dari Melet0p dan semalam 31 Disember merupakan hari terakhir Neelofa bersama Melet0p.
” Kalau nak diceritakan tentang kehebatan influence Lofa pada masyarakat Malaysia memang tak cukup kalau hanya satu jilid novel. Memang beliau banyak memberi inspirasi positif pada semua. Apa apa pun Malaysia ayuh kita doakan yang terbaik buat Neelofa We love u…!!! tulis Zizan.
Perkongsian Zizan itu telah mendapat 144k likes dalam masa kurang empat jam.
Apa yang menarik adalah, Neelofa sempat membalas komen sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan Zizan itu.
” This means so much to me ! Love you Zizan! Sangat hargai your time untuk last show semalam. Banyak episode meletop yang ada Zizan selalunya views antara tertinggi di Youtube.
” We appreciate your support untuk Melet0p selama ni and i wish you all the best. InsyaaAllah semoga dapat bekerjasama dengan Zizan for an amazing project this year”, tulis Neelofa.
Komen Neelofa tersebut kemudian dibalas Zizan , ” Your most welcome idol. Ameen nanti kite set baik baik for 2020 ni”.
Ternyata komen antara pelawak dan pengacara yang masing-masing berasal dari pantai timur yang saling berbalas perkataan ‘love u’ itu telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memcelah pada ruangan komen balas yang ditulis oleh Neelofa kepada Zizan itu. Tidak kurang yang mengusik dan mendoakan keduanya berjodohan.
” Ecehhhcehhcehh.. Berbalas balas love u love u ehh.. Heheh, teruskan jelah berlove u tu.. Dua-dua orang pantai timur pulak, senang sikit nak balik kampung beraya.. hahah
” Moga berjodoh lah Zizan dengan Neelofa.. Comel dua-dua haihh. kahwin la dengan zizan. semoga ke jinjang pelamin..eh?!”, komen AnisZamri.
Terdahulu pengacara program hiburan, Melet0p, Neelofa mengumumkan mengundur diri selepas tujuh tahun mengendalikannya. Keputusan itu diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.
Untuk info, Zizan Razak dan Neelofa merupakan selebriti yang mempunyai pengikut Instagram ke-2 dan ke-3 tertinggi di Malaysia iaitu masing-masing mempunyai pengikut seramai 6.8 dan 6.7 juta. Nombor satu kekal milik Dato Siti Nurhaliza dengan 6.9 juta pengikut.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : IG Zizan / http://www.malaysiaunited.my/
Be the first to comment on "Zizan Dan Neelofa Saling Berbalas ‘Love U’ Di Instagram. Warganet Mengusik ‘Sem0ga ke Jinjang Pelamin’"