“Misi turunkan ilmu hair stylish & barber” Da’i Farhan cadang isteri jadi cikgu dan buka salon

 

Bila otak berniaga menjadi sikap atau tabiat diri kita, kehidupan menjadi satu cabaran dan pengembaraan yang menyeronokkan.

Mereka yang ada otak niaga akan berakhir dengan menjadi usahawan samada lambat atau cepat. Fikir bagai mana nak buat dan jangan fikir kenapa tak boleh buat.Banyak contoh usahawan berjaya yang kita lihat sekarang mempunyai otak berniaga yang dipupuk sejak dari remaja.

Sikap romantik yang ditunjukan pasangan Dai Farhan dan isterinya, isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin sentiasa menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, Farhan meluahkan rasa gembira kerana isterinya berkebolehan dalam menggayakan dan menggunting rambutnya.Malah, Farhan turut memberi cadangan agar isterinya itu membuka salon khas untuk wanita Muslimah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

~ Alhamdulillah, Zaujah ku Barber ku 💝..insyaAllah lepas ni @drholisw dah boleh mula kongsikan ilmu utk para wanita yg nak belajar 😁 ..misi turunkan ilmu hairstylish & barber..perbanyakkan lagi saloon muslimah..moga bermanfaat aamiin ~ #kongsikebaikan #ilmubarber

A post shared by Nik Farhan (@farhanmutawwif) on

“Alhamdulillah, Zaujah ku Barber ku..insyaAllah lepas ni @drholisw dah boleh mula kongsikan ilmu utk para wanita yg nak belajar 😁 ..misi turunkan ilmu hair stylish & barber..perbanyakkan lagi saloon muslimah..moga bermanfaat aamiin,” pujinya.

Sementara itu, Aerin menyarankan agar orang ramai turut sama terlibat dalam perniagaan menggunting rambut bagi meningkatkan ekonomi sesama bangsa.

“Memandangkan Zauj ku Farhan, dah menyeru untuk berbakti, Alhamdulillah ramai DM nak belajar. Boleh2 mai cikgu ajar gunting rambut style wanita dan lelaki 2 hari confirm pandai. Boleh buat duit gilaaaa bisnes ni. Sebab tu bangsa lain gila2 dok buka saloon sbb ramai org kitab g depa kaya raya. Orang kita ni mmg power dalam semua bab.Bab viral paling power (ni nak buat benda biak boleh tlg viral tak ).. Bab ekonomi pun org kita jg yg power bg bangsa lain main maju. Org kita ada apa. Org kita ada duit. Lama sangat dah kita dok bg depa duit, jom kita plak buat duit,” tulisnya.

Terdahulu, kisah cinta mereka telah menarik perhatian ramai.Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Farhan turut memaklumkan turut menc3raikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain dengan talak satu.Malah difahamkan, ketika itu Fatin sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Berniaga adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Rasulullah juga seorang peniaga dan telah menawan hati ramai orang dengan cara Baginda berniaga.

Dengan keuntungan perniagaan, kita boleh salurkannya untuk sedekah, waqaf, zakat dan juga membantu memberi peluang pekerjaan yang baik kepada orang lain. Berniaga juga sebenarnya satu cara untuk kita memperkenalkan Islam kepada orang lain.

 

Foto : IG Nik Farhan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: https://www.vanilla.kini.blog/

 

Be the first to comment on "“Misi turunkan ilmu hair stylish & barber” Da’i Farhan cadang isteri jadi cikgu dan buka salon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*