Setahun kahwin, hari ‘anniversary’ pertama Elfira Loy cvri tumpuan ramai!

 

Selebriti terkenal, Elfira Loy mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2019 bersama jejaka pilihannya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan.

Menariknya, pernikahan pasangan popular ini kerana Elfira Loy dan suami memilih pada tarikh 1 Januari 2019 sebagai hari untuk disatukan.

Bagaimanapun, hari ini pula cukup setahun Elfira Loy dan pasangan bergelar suami isteri. Malah yang paling mengembirakan buat mereka, Elfira Loy telah selamat melahirkan cahaya mata mereka pada awal Oktober 2019.

Dalam pada itu, menjenguk ke laman Instagram milik Elfira Loy yang mana kini telah memiliki 4.7 juta followers berkongsikan sekeping foto terbaru.

Menerusi perkongsiannya, Elfira Loy memberikan ucapan sempena hari anniversary mereka yang pertama.

 Hari ‘anniversary’ pertama Elfira

“Happy Anniversary to us my love, I love you too! #oneyearanniversary,” ujarnya ringkas dilaman Instagram.

Menerusi posting, ulangtahun perkahwinan pertama Elfira Loy mendapat perhatian peminat dan pengikut yang turut tumpang gembira.

Perkongsian foto bersama suami juga meraih ribuan tanda suka dalam masa sekejap malah rata-rata netizen turut mendoakan yang terbaik buat Elfira Loy dan suami selain mengucapkan tahniah, mereka juga meninggalkan komen dengan ucapan ‘happy anniversary’.

“Moga hubungan El dan suami berkekalan hingga Jannah…”

 

“Happy anniversary… semoga bahagia hingga jannah”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Elfira Loy via HCL:

 

Be the first to comment on "Setahun kahwin, hari ‘anniversary’ pertama Elfira Loy cvri tumpuan ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*