“Sungguh Beruntung Anak Yang Dapat Melihat Kedua Orang Tuanya Pagi Dan Petang”- Bekas Isteri PU Abu

Bekas isteri kepada pendakwah Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain ‘Afiini meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada cahaya matanya Muhammad Adam Asyar.

Menurut Ain lagi dia adalah ibu yang bertuah memiliki anak lelakinya dalam hidupnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam ain baca balik ‘ achievement goals ‘ yang dah tercapai dengan belum tahun 2019. Salah satu nya nak pi umrah sepatutnya bulan 6 haritu tapi takpi sebab dah sarat. Korang tolong doakan semoga tahun 2020 ni ada rezeki ain dengan anak dapat jejakkan kaki ke rumahNya insyaAllah . Dan semoga korang pun dapat jejakkan kaki ke sana ♥️ _ Ain nak recommend kan salah satu butik yang best nak shopping untuk baju atau barangan umrah kat @alkautharseksyen23 macam jubah putih ain ni. Material dia serius best selesa dan harga pun affordable sangat. Ada macam macam kat situ. Ain suka berurusan dengan omma ( owner butik ) sebab lembut je, kita jadi selesa tau nak minta pendapat apa semua. Yang first time nak pi, pegilaaa kat butik dia! ♥️ _ Khimar dan purdah dari @butikniqabklang 💖

A post shared by عين عفيني (@ainafini_) on

“Orang kata sungguh beruntung seorang anak yang dapat melihat kedua orang tuanya pagi dan petang.

“Tapi sebenarnya sungguh beruntung kami memiliki kamu. Cinta yang kadang kami tidak ungkapkan lewat kata-kata, tapi kami siap menukar nyawa.

“Cinta yang kadang tak kami tunjukkan lewat gerak geri tanda sayang, tapi untukmu, kami rela lapar, asal cinta hati kenyang.

“Cinta yang siap berpisah sejak awal bertemu. Cinta yang tak egois. Cinta yang tak akan habis,” tulisnya.

Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya.

Terdahulu, Ain dicer4ikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Ain mengundang simpati netizen apabila dia dicer4ikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Gempak

 

 

Be the first to comment on "“Sungguh Beruntung Anak Yang Dapat Melihat Kedua Orang Tuanya Pagi Dan Petang”- Bekas Isteri PU Abu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*